Resepi Tips

Resipi Biskut Dahlia Tanpa Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tak Jatuh

Biskut dahlia merupakan salah satu biskut klasik yang digemari ramai. Biskut ini tidak mudah rapuh bila dipegang, tapi sangat gebu dan cair di mulut bila dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah. Hanya memerlukan beberapa bahan iaitu marjerin, tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung, gula halus dan esen vanilla.

Selain itu juga, resipi ini sesuai untuk mereka yang alahan dengan telur kerana tidak perlu menggunakannya sama sekali. Jom cuba!

RESEPI BISKUT DAHLIA TANPA TELUR

Bahan-bahan:

– Marjerin/butter 250gram
– Tepung gandum 1 cawan
– Tepung kastard 1 cawan
– Tepung jagung 2 cawan
– Gula halus 1 cawan
– Esen vanilla 1 sudu kecil

Cara-cara:

1. Pukul marjerin dan gula sampai sekata sahaja. Masukkan esen vanilla.

2. Masukkan pula tepung gandum dan tepung kastard. Gaul menggunakan tangan sahaja.

3. Kemudian, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. Jika adunan tak melekat pada jari, tak perlu masukkan tepung lagi.

4. Paip adunan dengan acuan pecah 11 atau mana-mana acuan yang disukai.

5. Hiaskan dengan ceri, gula manik atau coklat chip.

biskut dahlia

6. Rehatkan dahulu selama 30 minit atau 1 jam sebelum dibakar untuk elak kelopak jatuh selepas dibakar.

7. Selepas itu, bakar pada suhu 180℃ selama 20 minit atau mengikut oven masing-masing. Selamat mencuba!

biskut dahlia

Kredit resipi dan gambar : Facebook Sabarina Saad via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *