Resepi Tips

Tekstur Lembut Gedik! Ini Cara Mudah Buat Kuih Tepung Pelita Ikut Sukatan Cawan

Kuih tepung pelita adalah salah satu jenis kuih tradisional yang sangat sedap.

Ketika bulan puasa, kuih ini menjadi kegemaran ramai orang di bazar Ramadan.

Kuih ini kaya dengan lemak dan manis, menjadikannya pilihan yang sempurna sebagai pencuci mulut setelah berbuka puasa.

Dalam artikel ini, anda boleh mempelajari cara membuat tepung pelita yang digemari ramai.

Bahan-bahan:

Bahagian bawah:

• 1 cawan gula
• 1 cawan tepung beras
• 4 cawan air
• Pewarna hijau
• Daun pandan

Cara memasak:

1. Potonglah menjadi empat bahagian. (Untuk digunakan sebagai acuan)

2. Setelah membuat bekas acuan tepung pelita, tambahkan sedikit gula halus ke dalam bekas tersebut.

3. Masukkan gula pasir yang telah dikisar.

4. Satu sudu teh dalam bekas (Saya kisar gula pasir untuk membuatnya halus)

5. Jika hanya meletakkan gula pasir, hasilnya tidak akan menjadi seperti yang diinginkan, itu kerana kita perlu menggunakan gula yang telah dihancurkan.

6. Dan letakkan sedikit pewarna hijau yang baru dihangatkan.

7. Akan membentuk air gula di bahagian bawahnya.

8. Sementara itu, masak semua bahan di atas dalam periuk dan kacau hingga pekat.

9. Letakkan terus dalam bekas acuan.

10. Tak perlu kukus sebab dah masak atas dapur sampai pekat dan pada masa yang sama untuk meratakan gula halus yang kita letak dalam bekas itu supaya jadi air gula.

Info tambahan : Biasanya akan kukus, tetapi jika dimasak terus dan dituang ke dalam bekas acuan, ia akan menjadi lembut apabila bertemu dengan air gula.

Bahagian atas:

Bahan-bahan:

1. Ambil satu cawan santan (Jika guna kelapa ukur 4 cawan air dan perah (supaya dapatkan 4 cawan santan pekat)

(Jika guna santan dalam kotak seperti Kara yang kecil. Bancuh sehingga mendapat 4 cawan santan.)

2. Ambil 4 sudu tepung beras (Jangan guna hanya cap 5 Gajah.

3. Jenama lain seperti 2, 3 Gajah atau Teratai boleh digunakan.

4. Cap 5 Gajah khas untuk membuat laksa.)

5. Tambahkan sedikit garam.

Cara memasak:

1. Masak semua bahan dan kacau sampai pekat.

2. Tuangkan terus ke atas bahan hijau. Tak perlu dikukus, masak atas dapur sampai pekat.

3. Boleh dimakan terus. Lagi sedap kalau simpan dalam peti sejuk dulu.

4. Hidangan dah siap untuk dinikmati waktu berbuka!

Selamat mencuba!

Sumber : nextstep

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *