Info Tips

Tip Celur Bihun Yang Betul, Baru Tak Berlendir Dan Tahan Lama

Bihun selalu tak tahan lama sebab hancur dan kerap berlendir? Ini tip celur bihun cara betul yang anda boleh cuba.

Hari raya akan tiba dan ramai akan menyediakan menu bihun sup untuk menjamu tetamu. Proses utama selain membuat sup adalah mencelur bihun.

Namun, ada yang mengalami masalah apabila bihun yang dicelur menjadi hancur dan tidak tahan lama. Malah, ia menjadi berlendir. Ini berlaku apabila bihun dicelur dengan cara yang tidak betul.

Untuk mencelur bihun dengan betul, jangan terus merendamnya dengan air panas. Terdapat teknik khusus yang boleh diamalkan, yang dikongsi oleh Pak Man, seorang pengusaha restoran melalui akaun TikTok beliau.

TIP CELUR BIHUN YANG BETUL

Ikuti langkah-langkah mencelur bihun ini supaya tidak hancur dan berlendir.

1. Rendam bihun dengan air paip terlebih dahulu selama 20 minit. Kemudian tos bihun tersebut.

2. Sediakan bekas dan masukkan kunyit jika membuat bihun sup utara.

3. Selepas itu, tuangkan air panas yang baru mendidih ke dalam bekas tersebut, dan masukkan bihun yang telah direndam tadi.

4. Kacau bihun tersebut sehingga kelihatan kembang.

5. Buang air panas tersebut dan tos bihun sehingga betul-betul kering. Pastikan tidak ada air yang tertinggal dalam bihun.

Video penuh :

Dengan cara ini, bihun akan tahan lama, tidak berlendir, dan tidak hancur. Selamat mencuba!

Sumber : TikTok Pak Man

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *