Resepi Tips

Biskut Kacang Mazola rangup & sedap, mudah sangat hanya 5 bahan. Tak perlu acuan

BISKUT Kacang Mazola atau biskut kacang tanah antara menu klasik hari raya. Rangup dan sedap berlemak, teksturnya yang rangup cukup disukai ramai. Selain ketupat dan rendang, kuih-muih ‘dolu-dolu’ ini antara pelengkap hidangan 1 Syawal yang bakal menjelang.

Rupa-rupanya mudah sahaja membuatnya. Hanya menggunakan lima bahan asas, biskut  ini boleh disediakan.

Tak perlu acuan pun menjadi! Berikut resipi yang dikongsikan Jaja Noriza:

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahan

1kg kacang tanah
1kg tepung gandum
700g gula aising (600g jika ingin kurang manis)
Minyak mazola / jagung secukupnya
1 sudu kecil garam halus

Hiasan
1 biji kuning telur
Pewarna kuning
Kacang tanah (disangai dan dibelah)

Cara penyediaan:

1-Sangai kacang tanah hinggga garing tanpa minyak dan kisar halus. Anda juga boleh membuang kulitnya.

2-Masukkan kacang tanah ke dalam mangkuk pengadun bersama gula aising, tepung gandum dan garam. Gaul hingga rata.

3-Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang boleh dikepal. Awas jangan terlebih kuantiti minyak kerana akan terlebih gebu.

4-Terap biskut menggunakan acuan atau boleh sahaja bulatkan menggunakan tangan dan leperkan.

5-Susun di atas dulang pembakar.

6-Campurkan kuning telur dan pewarna kuning sehingga sebati.

7-Hiaskan pada tengahnya dengan kacang tanah dan sapu kuning telur yang dibancuh tadi.

8-Bakar biskut ini pada suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit atau hingga masak mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.

9-Siap! Sejukkan di atas redai sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.

Selamat mencuba!

Sumber : Jaja Noriza

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *