Resepi Tips

Cara Mudah Buat KERISIK KELAPA Tahan Lama, ‘Stand-by’ Untuk Masak Raya

Kerisik merupakan sejenis rempah yang dibuat daripada kelapa, maka tidak hairan ada yang memanggilnya kerisik kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur, di‍sangai dan kemudiannya digiling hingga lumat sehingga berwarna coklat gelap.

 

Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional seperti kerabu, rendang dan kari. Penggunaannya amat popular di dalam kalangan masyarakat Melayu di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

KERISIK KELAPA

kerisik kelapa

Gambar: Yayar B. Awang Noh

Selain membelinya di kedai, apa kata anda buat sendiri kerisik kelapa di rumah. Mudah sahaja caranya dan paling penting ia tahan lama serta dari hasil air tangan anda sendiri. Jom buat kerisik dengan resipi yang dikongsikan Yayar B. Awang Noh.

Salam semua, Yayar datang lagi dengan cara buat kerisik yang mudah. Yelah musim raya ini banyak pakai kerisikkan. Ok jom kita buat.

Bahan dan cara penyediaan kerisik kelapa:

  • Kelapa parut
  • Ketumbar
  • Minyak masak

kerisik kelapa

Gambar: Yayar B. Awang Noh

  1. Kalau rajin boleh jemur terdahulu kelapa parut.
  2. Kemudian, goreng kelapa parut bersama ketumbar.

Bila dah garing sejukkan sekejap kelapa goreng.

  1. Masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah.
  2. Tambahkan minyak masak seperti mana nak kisar bahan basah lain.
  3. Kisar kelapa parut sehingga halus.

Dah siap! Cantik kejadiannya. Simpan dalam botol dan Insha Allah, tahan lama kerana kerisik dah berminyak elok.

Sumber: Yayar B. Awang Noh

FT Image: Yayar B. Awang Noh

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *