Info Tips

Cara Tanam Buah Rock Melon Dalam Pasu, Nikmatnya Bila Hasil Buah Manis Manis

Buah rock melon merupakan antara jenis melon (tembikai susu) yang digemari ramai kerana rasanya yang manis. Namun, ramai yang baru tahu bahawa buah rock melon ini juga boleh ditanam di rumah iaitu menggunakan pasu. Buat anda yang suka bercucuk tanam di laman kediaman, pasti tidak akan ketinggalan untuk menjadikan tanaman buah rock melon ini sebagai penyeri laman!

Jadi, terdapat beberapa cara yang anda perlu ikut untuk melakukan penanaman buah rock melon ini di rumah dengan menggunakan pasu. Berikut merupakan 9 teknik yang dikongsikan untuk dijadikan panduan. Semoga berjaya!

CARA TANAM BUAH ROCK MELON DALAM PASU

buah rock melon

1.SEMAI

-Teknik ‘baring’ atau teknik ‘tegak’. Tenik baring ialah meyusun benih rock melon dalam tray semaian secara baring. Selepas itu di tekan sedikit supaya benih terbenam sedikit dalam medium semaian(peatmoss atau tanah organik). Jangan tekan terlalu dalam. Ambil tanah semaian Peatmoss/tanah dan ratakan di atas tray supaya dapat menutupi kesemua bijih benih Rock Melon sehingga tidak kelihatan.

-Teknik tegak. Menghalakan mucung benih yang tajam menghala ke bawah semasa semai.Siram air pada tray semaian sehingga lembap. Ambil plastil hitam bungkus tray semaian. Jika yang tanam guna bekas. Tutup dengan plastik hitam juga.

Tray yang telah dibalut dengan plastik hitam perlu diletakkan di tempat yang terbuka. Selepas 2 hari buka plastik hitam. Benih sudah mula bercambah. Ambil tray letak di kawasan yang mendapat cahaya matahari tapi bukan kawasan panas terik. Apabila pokok sudah tumbuh 4daun. Boleh di pindahkan ke dalam polybeg atau pasu atau batas tanaman.

2.SAIZ POLYBEG ATAU PASU

Siapkan polybag dengan ukuran 40×50 cm atau ukuran sedang sebesar yang boleh. Masukkan tanah organik atau apa jua jenis tanah yang ada asalkan gembur dan subur.

3.PEMINDAHAN ANAK POKOK

Sebelum dipindahkan anak pokok siram dahulu media tanam dengan air. Memindahkan anak pokok di waktu senja untuk mengelak haba cahaya matahari dan anak pokok terkejut haba dan layu.

4. PEMASANGAN PARA UNTUK POKOK MEMANJAT

Sediakan pancang dan tali rafia untuk pokok menjalar pada usia 2 minggu. Gunakan apa saja teknik yang ada suka. Sama ada buat para atau letak di tepi pagar. Jika nak biarkan melon menjalar di atas tanah pun boleh.

5. MENGAHWINKAN BUNGA BETINA SECARA BERBANTU

KaHwin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar, macam mana nak kenal bunga betina? Bunga betina berbunga dengan ada putik buah. Bunga jantan bunganya tiada putik buah. Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yang keluar. Waktunya antara pukul 7.30 – 11.00 pagi. Ambil bunga jantan dan sapukan di bunga betina.

Ramai yang merungut bila bunga betina yang ada putik buah gugur. Jadi teknik bantu kahwin ni sangat berkesan.
Teknik ini berkesan untuk melekatkan buah jika kawasan rumah anda tiada serangga pendebungaan seperti lebah dan lain-lain.

6.PEMANGKASAN DAN PEMILIHAN BUAH

Untuk menghasilkan buah yang cukup besar dan berkualiti. 1 pokok hanya di biarkan 2-4 biji sahaja. Pemangkasan buah dan dahan tidak perlu harus dilakukan.

7. PEMBAJAAN

Cara menanam melon dalam polybag setelah melakukan pemangkasan cabang adalah melakukan pebajaan. Peringkat awal 1 bulan pertama. Setiap 2 minggu baja dengan baja organik atau pun baja subur. Setelah pokok mengeluarkan bunga. Baja dengan baja buah.

8.PENGENDALIAN HAMA/SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT

Pengendalian hama/seranga perosak dilakukan dengan semburan racun kawalan perosak atau racun organik pilihan anda. Jangan meracun bila pokok sudah mengeluarkan bunga.

9. TUAI BUAH ROCK MELON

Sekitar hampir 2 bulan. Buah yang siap dipetik mempunyai ciri-ciri warna kulit yang mulai putih kekuningan, kulit buah putih berwarna kekuningan, pada tangkai buah terdapat cincin atau lingkaran retak-retak, dan tercium aroma harum dari melon.

buah rock melon

*Selamat berkebun sendiri. Rezeki Allah pada yang meminta pada-Nya. Semoga rock melon yang anda tanam mendatangkan hasil dan berkebun di laman rumah satu kenikmatan.

Sumber : Mohd Shaiful via siraplimau

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *