Resepi Tips

Cara Mudah Masak Daging Dendeng, Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk & Sebati Cantik!

Siapa cakap susah nak masak dendeng daging? Sebenarnya tak perlu masak sampai 4 atau 5 jam untuk dapatkan daging yang empuk dan sebati.

Menerusi perkongsian oleh Puan Yasmin Dayanti Fami, beliau menunjukkan cara masak daging dendeng dalam tempoh 1 jam sahaja. Senang yakmat!

Kalau ada yang mahu mencubanya, boleh ikuti resipi lengkap di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan dan cara memasaknya.

RESEPI DENDENG DAGING

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang besar + 15 batang cili kering (rebus)
  • 1 ketul gula kabung
  • Daging (dikisar kasar)
  • 2 sudu sos tiram + kicap kipas udang
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan 3 biji bawang besar dan 15 batang cili kering yang sudah dikisar halus. Tumis sehingga pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan 1 ketul gula kabung. Masak sehingga gula cair dan sebati.

3. Seterusnya, masukkan daging yang sudah dikisar kasar. Kacau sebati.

4. Tuangkan 2 sudu sos tiram dan juga kicap kipas udang sampai gelap.

5. Perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering.

6. Siap sudah daging dendeng yang simple. Selamat mencuba!

dendeng daging

Kredit resipi dan gambar: Yasmin Dayanti Fami

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *