Resepi Tips

Resepi Popia Coklat 3 Bahan, Confirm Bunyi Krup Krap Bila Makan. Tak Cukup Sebalang!

Antara snek popular dan mudah dibuat adalah popia coklat kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Menu ini sesuai dijadikan kudap-kudap ketika bosan di rumah atau dijadikan biskut raya untuk tetamu.

Cara membuatnya mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Sudah tentunya ia akan menjadi makanan kegemaran anak di rumah. Jom cuba!

Jemput JOIN GROUP

RESEPI POPIA COKLAT 3 BAHAN, RANGUP DAN SEDAP

POPIA COKLAT

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Gulungkan kulit popia menggunakan penyedut minuman untuk dapatkan saiz yang sama.

2. Kemudian, sapukan sedikit bancuhan pekat tepung gandum dihujung kulit popia supaya melekat.

3. Potong secara menyerong dan goreng sehingga perang keemasan.

4. Tapis minyak dan masukkan kedalam bekas.

5. Cairkan coklat dan tuang ke dalam bekas popia.

6. Gaul hingga sekata dan tabur badam hancur yang telah dibakar.

7. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dihidangkan.

Sedap dan mudah sangat nak buat kudapan ini. Sudah tentunya menjadi kegemaran anak-anak.

Selamat mencuba!

Sumber : Facebook Zulkifli Mat & Foodie

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *