Info Tips

Cara Simpan Daun Kari Supaya Tahan Berbulan-Bulan. Bau Kari Kekal Sama

Jika beli daun kari dalam kuantiti yang banyak atau ada jiran memberinya bertangkai-tangkai cara menyimpannya kenalah betul. Jika tidak daun ini akan cepat rosak. Dah tentu rugi sebab jumlahnya banyak.

Biasanya kita akan simpan dalam freezer, tapi selain itu ada kaedah lain yang boleh dilakukan. Malah cara yang dikongsi oleh  Emma Zam membolehkan daun ini tahan berbulan-bulan dan baunya kekal sama.

Cara ini dilakukan selepas pokok kari di rumahnya ditebang. Dari terbuang, daun kari yang banyak dikeringkan sebelum disimpan untuk tahan lama. Baunya juga kekal sama.

Tip simpan daun kari supaya tahan lama

Cara Simpan Daun Kari Supaya Tahan Berbulan-Bulan. Bau Kari Kekal Sama

Boleh ikut cara ini;

1. Jemur daun kari hingga betul-betul kering.

2. Bila dah kering, masukkan daun kari dalam balang. Tutup kemas.

3. Jika nak guna waktu memasak, boleh terus cekup dan masuk dalam masakan,  baunya kekal sama.

Cara Simpan Daun Kari Supaya Tahan Berbulan-Bulan. Bau Kari Kekal Sama

Tip ekstra

  • Boleh basuh daun terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan untuk memasak selepas dikeringkan.
  • Boleh keringkan dalam oven untuk lebih mudah.
  • Untuk lebih tahan lama, boleh simpan balang dalam peti sejuk atau freezer.
  • Kaedah yang sama boleh juga dilakukan untuk daun daun kunyit, daun limau purut dan daun kesum.

Sumber : Emma Zam / rasa

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *