Resepi Tips

Rahsia Daging Masak Hitam Berempah Padu, Kena Perap Dulu Dengan ‘Bahan Ini’

Tiada idea nak masak apa menggunakan daging? Apa kata jom cuba resepi daging masak hitam berempah yang lazat dan menyelerakan ini.

Resipi perkongsian oleh Puan Nurul Aini di bawah ini memang lengkap dengan langkah demi langkah. Tak perlu risau jika tak sedap, ikut saja resipi ini confirm menjadi!

RESEPI DAGING MASAK HITAM BEREMPAH

Bahan-bahan:

– Daun pandan
– Serai
– Rempah empat sekawan
– Ketumbar
– Jintan manis
– Jintan putih
– Tomato
– Daging (perap dengan kicap manis)
– 2 sudu besar kicap pekat
– Gula melaka

Bahan-bahan kisar:

– Bawang besar seulas
– Bawang merah 3 – 4 ulas
– Bawang putih 2-3 ulas
– Serai
– Lengkuas
– Halia

Cara memasak:

1. Mula-mula, tumis daun pandan, serai dan rempah empat sekawan.

resepi daging masak hitam

2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar yang sudah dikisar. Kalau suka pedas, boleh tambah cili kisar sekali.

3. Kacau sebati dan tumis sampai pecah minyak.

resepi daging masak hitam

4. Sementara itu, sangai ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Jaga-jaga api waktu sangai jangan sampai rentung. Nampak warna dah macam gelap sedikit, boleh tutup api.

5. Kemudian, kisar kering bahan sangai tadi. Kalau malas, boleh guna yang serbuk punya. Ketepikan.

6. Seterusnya, kisar sebiji tomato yang dibuang biji.

7. Apabila bahan tumis tadi dah pecah minyak, masukkan pula bahan sangai dan juga tomato yang dikisar tadi.

8. Masukkan daging yang sudah diperap ke dalam bahan tumis (perap dengan kicap manis sehingga tenggelam daging selama 30 minit).

9. Kemudian, masukkan kicap pekat dan masak sehingga daging empuk. Pastikan guna api kecil.

10. Selepas itu, masukkan gula melaka secukupnya.

11. Bila daging dah betul-betul empuk, akhir sekali letak sedikit santan pekat. Kacau sebati dan tutup api.

12. Siap daging masak hitam berempah. Makan dengan nasi panas sambil gigit cili hijau besar sangat sedap!

resepi daging masak hitam

Kredit resipi dan gambar : Nurul Aini via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *