Resepi Tips

Cara Mudah Buat Puding Tutti Fruity Memang ‘Healing’ Habis

Menjamah puding yang baru dikeluarkan dari peti sejuk waktu minum petang dalam cuaca panas begini memang ‘healing’ habis.

Mudah saja nak buat Puding Tutti Fruity dan terpulang seberapa banyak anda ingin anda hasilkan.

Yang penting puas makan berbanding kalau beli tentunya agak terhad.

Cuaca panas begini dapat Puding Tutti Fruity memang 'healing' habis, ini cara mudah buatnya

Apa kata cuba resepi dikongsikan Hasyimah Harun ini:

CARA BUAT PUDING TUTTI FRUITY

Bahan-bahan:

  • Puding Tutti Fruity
  • 1 kampit agar-agar serbuk
  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air(sukat guna tin susu)
  • 1 tin susu full cream (sukat guna tin susu)
  • 1 tin susu pekat
  • 2 sudu tepung kastard
  • Essen vanila

Cara-cara membuatnya:

– Masukkan semua bahan di atas dalam periuk.

– Kacau supaya tepung kastard tidak berketul.

– Masak sampai mendidih.

– Padam api dan sejukkan.

Sementara itu, bekas acuan itu lorek-lorekkan dulu dengan filling yang anda suka.

Selepas itu, baru masukkan masakan anda tadi.

Simpan dalam peti sejuk.

Untuk tujuan ‘filling’, boleh gunakan kiwi, blueberi dan strawberi

Sumber : nextstepmalaysia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *