Resepi

Berbaloi buat sendiri. Resipi kentang putar mudah & ‘creamy’ jadi rebutan…

Resipi kentang putar mudah & ‘creamy’ jadi rebutan untuk anak – anak anda di luar sana yang dijamin sedap.

Bahan kentang putar:

• 8 biji kentang
• 1 kotak kecil susu segar
• Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
• Serbuk lada hitam dan lada sulah

Berbaloi buat sendiri! resipi kentang putar mudah & 'creamy' jadi rebutan anak

Cara membuatnya:

1. Kupas kulit kentang dan potong-potong.

2. Letakkan kentang dalam periuk dan masak dengan air secukupnya sehingga tenggelam.

Masak selama 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.

3. Setelah kentang empuk, toskan airnya.

4. Tambah sedikit mentega dalam kentang dan lenyek.

5. Taburkan sedikit lada garam dan lada hitam mengikut citarasa.

Jika suka pedas, boleh tambah lebih.

6. Tuangkan susu sedikit demi sedikit (ikut citarasa kerana susu memberi rasa lemak dan gebu pada mashed potato) dan lenyek sehingga rata.

Bahan sos (GRAVY):

1 labu bawang besar (dadu)
• 2 ulas bawang putih (dadu)
• 4 sudu butter
• 2 sudu tepung gandum @ jagung
• 2 kiub ayam
• Sedikit lada hitam dan lada sulah
• 2 1/2 cawan air

Cara membuatnya:

1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumis bawang dengan api perlahan.

Biarkan ia berubah sedikit ke warna perang (warna karamel).

2. Campurkan tepung gandum atau jagung dan kacau terus sehingga tepung berwarna coklat atau sesuai dengan warna sos yang kamu sukai.

3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau. Kacau sehingga sebati.

Kemudian matikan api dan pindahkan ke dalam pengisar.

Kekalkan pengisaran sehingga semua bahan hancur.

4. Panaskan semula dengan api perlahan.

5. Tambahkan kiub ayam dan juga lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut selera.

Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air lagi.

6. Kacau sehingga rata dan matikan api.

Jika sos berketul-ketul, pindahkan sos ke dalam pengisar dan pengisar sehingga tidak berketul.

Selamat mencuba

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *