Info

Uncle pandu Iawan arus bagi alasan lucu ditangkap PoIis

JOHOR BAHRU — Seorang warga emas berusia 74 tahun ditahan pihak polis susulan memandu sebuah kenderaan melawan arus di 13.1J Lebuhraya Link Kedua semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistan Komisioner Rahmat Ariffin berkata pihaknya telah menahan suspek di Taman Nusa Bayu sekitar jam 10.49 pagi tadi.

“Hasil daripada siasatan yang telah dijalankan, mendapati suspek berumur 74 tahun, berasal daripada Segamat dan baru pertama kali datang ke Johor Bahru.

“Semasa kejadian, suspek dalam perjalanan ke rumah rakannya di Nusa Bayu, Gelang Patah.

“Suspek tidak tahu selok-belok jalan di Johor Bahru dan telah masuk ke jalan yang salah sehingga melawan arus seperti di dalam video yang tular di media sosial Facebook,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri telah menerima satu maklumat berhubung satu video tular di dalam media sosial Facebook.

Di dalam video yang berdurasi 60 saat itu, menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi warna kelabu memandu secara merbahaya dengan melawan arus melalui arah bertentangan di lokasi 13.1J Lebuhraya Link Kedua, Johor Bahru, Johor.

Ujar Rahmat, suspek telah dibawa ke BSPTD Iskandar Puteri bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara merbahaya.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut boleh menghubungi BSPTD Iskandar Puteri di Talian 07-5101322,” katanya.

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *