Resepi Tips

Resipi Teh Masala Homemade, Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini Baru Lagi Sedap Kaw Kaww!

Teh masala yang berasal dari India ini cukup terkenal kerana ramuannya yang unik. Teh ini dibancuh dengan beraneka rempah yang mempunyai banyak khasiatnya tersendiri.

Bagi yang belum pernah merasa teh masala ini, apa kata jom cuba sendiri buat di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.

CARA BUAT TEH MASALA YANG PADU

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 liter air
  • 7 uncang teh
  • 5 biji bunga cengkih kecil
  • 3 biji buah pelaga
  • Secubit jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 inci halia diketuk
  • 5 sudu besar susu pekat atau ikut manis disukai
  • 1 cawan susu kotak
  • 2 sudu besar susu tepung

Cara-cara:

1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan uncang teh setelah air mendidih dan masukkan juga semua bahan rempah serta halia.

teh masala

2. Dalam 1 bekas, satukan susu kotak, susu pekat dan susu tepung lalu kacau hingga semua larut.

3. Tuang susu yang dibancuh tadi ke dalam periuk teh. Kacau sebati, siap dan sedia dihidang.

4. Jika suka warna pekat boleh lebihkan teh dan susu pekat.

teh masala

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar : Aisyah Humaira

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *