Hiburan

“Suami kata ada orang nak mengurat dia. Nak percaya atau tidak? Macam sepupu aku itu, boleh bawa gaduh antara keluarga.

Seorang wanita langsung tidak menyangka bahawa suami dinikahinya pada enam bulan lalu adalah lelaki sama yang berdiri di hadapannya sekarang.

Melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya sendiri, wanita yang dikenali sebagai Amara itu baru mengetahui perangai sebenar suami selepas ‘tidur sebantal”.

Hilang pertimbangan untuk menghadapi sikap suaminya, berikut perkongsian Amara yang merasa sangat tertekan selepas hanya enam bulan mendirikan rumah tangga.

“Sejujurnya, aku cuma mahu tahu bagaimanakah cara mengendalikan sikap suami seperti ini. Mula-mula kenal, tak berapa nampak lagi perangai dia. Tetapi bila sudah duduk serumah dan sebantal, barulah nampak dengan jelas. Aku berkahwin dengan pilihan hati aku pada enam bulan lepas.

“Kami sempat berkenalan lebih kurang enam bulan sebelum berkahwin. Aku nampak semua elok dengan dia. Keluarga, kawan dan semuanya eloklah ceritanya. Dia kalau bab nafkah dan tanggungjawab memang bagus. Kecuali, perangai dia yang terlalu yakin yang semua orang sebenarnya sukakannya.

‘Mula-mula, aku percaya jugalah semua cerita suami. Aku sokong dia. Tetapi lama-lama macam rasa ceritanya tak masuk akal pula. Banyak perkara yang suami cerita tak sama dengan ingatan aku. Sebab aku berada di tempat yang sama dengan dia. Tetapi apabila dia cerita balik situasi itu, aku tak nampak pun perkara sama terjadi.

Sekadar gambar hiasan

“Sampaikan, aku persoalkan kewarasan diri sendiri. Sebagai contohnya, kami keluar makan bersama di restoran. Kemudian, ada beberapa perempuan di meja sebelah. Mereka gelak-gelak macam biasa sahaja. Seperti gadis-gadis lain bila keluar sekali. Mereka berswafoto dan bergambar bersama.

“Itu semua normal sahaja di mata aku. Tetapi masa nak balik rumah ketika kami di dalam kereta, suami cerita yang ada seorang perempuan di meja itu telah mengambil gambarnya. Aku mula-mula percaya, tanya dia macam mana boleh perasan. Suami kata dia ternampak flash, bunyi kamera dan telefon itu diletakkan ke arahnya.

“Aku pun ingatkan semula dalam otak. Rasanya tiada pun kejadian seperti itu. Tetapi aku iyakan sahaja. Contoh kedua, semasa kami menghadiri majlis konvokesyen adik. Semua orang di situ memang pegang telefon pintar dan kamera sebab semua orang nak bergambar kan. Jadi banyak bunyi kamera dan flash di mana-mana.

“Tiba-tiba suami datang berbisik kepada aku. Katanya ada orang ambil gambarnya. Siap senyum-senyum kepadanya. Waktu itu juga aku suruh suami tunjuk siapa yang suami aku maksudkan. Aku nak berhadapan dengan orang itu. Tetapi suami malah tarik tangan aku ajak pergi tempat lain. Malu katanya.

“Contoh ketiga, masa di ekspo kucing. Suami kata nak pergi tandas. Selepas selesai, dia kata ada orang masukkan nota dalam poket dia. Ada tulisan nama dan nombor telefon. Aku suruh tunjuk nota itu tetapi suami kata dia sudah buang sebab serabut dan malas nak layan.

“Sebenarnya banyak lagilah situasi berlaku yang hampir sama dengan ketiga-tiga contoh tersebut. Sebelum kahwin aku percaya sahaja cerita suami sebab masa itu, kami belum duduk serumah dan tidak berkepit 24 jam. Sekarang ini macam banyak sangat kejadian yang sama dan semuanya tiada bukti.

“Malah, dengan sepupu aku pun ada. Suami kata sepupu cuba untuk mengorat dia. Padahal, sepupu aku itu baru saja melahirkan anak. Bayi itu baru berusia dua bulan. Trauma bersalin kena gunting pun belum habis lagi. Tiada masa nak mengorat jantan lain. Pernah juga suami kata Tok Imam nak pelawa kahwinkan dengan anak daranya.

“Kampung kami ini kecil sahaja. Jadi aku tanyalah Tok Imam yang mana satu. Terus suami kata Tok Imam itu sudah berpindah ke negeri lain. Ada juga suami cerita yang personaliti media sosial seksi pernah senyum-sunyum dekat dia di pusat membeli belah. Selepas itu, perempuan tersebut hantar DM (direct message) padanya.

“Bila aku minta nak tengok DM itu, suami kata sudah dipadam sebab serabut. Terlalu banyak cerita-cerita yang orang cuba untuk mengorat dia. Semua dari mulut sahaja. Tetapi tiada langsung bukti kukuh untuk aku tengok. Aku pernah jugalah tanya suami dengan nada manja-manja. Aku tanya abang ini betul ke?.

“Aku juga pernah kata suami macam perasan sahaja, dengan nada main-main takut dia terasa. Suami balas kalau tak percaya tidak mengapa, tetapi jangan menyesal kalau dia kena kebas (dengan nada gurau juga). Entahlah, pening aku. Mula- mula aku boleh layan dia bercerita (atau reka cerita).

“Tetapi kalau dah sampai tiap-tiap minggu ada kes ini, takut juga aku yang tiba-tiba cari gaduh dengan orang sebab takut suami kena kebas. Mana tak risau jika semua tempat aku pergi, suami kata ada orang nak mengurat dia. Nak percaya atau tidak? Macam sepupu aku itu, boleh bawa gaduh antara keluarga.

“Kalaulah aku bertindak tanya ahli keluarga yang lain, naya. Serius aku serabut. Ada masa, aku tak tahu nak percaya atau tak cerita suami. Latar belakangnya biasa-biasa sahaja. Hitam manis, tinggi, chubby, kerja biasa dan datang daripada keluarga yang baik-baik. Aku pernah bertanya perkara ini dengan kawan-kawan rapat suami.

“Aku buat secara diam-diam sahaja. Kata mereka, suami memang selalu beritahu yang ramai orang cuba mengurat dia. Kawan-kawan akan anggap perkara itu tidak serius atau gurauan dan perbualan kosong sahaja. Aku juga pernah bertanya kepada ibu suami. Benda sama juga keluar dari mulut ibu.

“Rupanya di mata ibu dan rakan-rakannya, perkara ini nampak macam bergurau dan kosong. Tetapi aku yang kena hadap 24 jam rasa sangat tertekan. Tolong la aku.” Kongsi Amara (Bukan nama sebenar) menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman luahan di atas talian.

Sumber : MD

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *