Info Tips

Buat Sendiri Sos Cili Thai Homemade Yang Sedap. ModaI RM5 Dapat 3 BotoI

Harga barang dapur sekarang makin lama makin naik. Kalau ada yang boleh kita DIY sendiri eloklah buat sendiri untuk jimatkan belanja dapur.

Antara stok bahan makanan yang kita selalu guna dan boleh kita buat sendiri adalah sos cili. Kalau buat sendiri memang boleh jimat banyak. Dengan modal lebih kurang RM5 kita boleh dapat 3 botol sos cili. Kalau beli sebotol saja lebih kurang RM3.50.

Nak cuba buat sendiri boleh ikut Haslindawati Omar.

Buat sendiri sos cili Thai homemade, modal RM5 dapat 3 botol

Buat Sendiri Sos Cili Thai Homemade Yang Sedap. Modal RM5 Dapat 3 Botol

Dengan modal RM5 dapat 3 botol (kecil) sos cili thai homemade. Botol sos cili saya recycle,basuh bersih, buang label, simpan sos cili Thai homemade. jimat

Di sini saya sertakan resepi, mana tau kaum isteri nak jimat kos ,boleh buat stok sendiri

Bahan kisar
*5 biji cili besar merah buang biji
*4 biji cili padi merah tak yah buang biji
*5 ulas bawang putih
*1/3 cawan air
Kisar bahan tapi tak perlu hancur sangat

Bahan lain
Sedikit cuka makan
1 hingga 1 1/2 cawan gula (ikut tahap kemanisan sendiri pada sos tu)
Secubit garam
3 sudu makan tepung jagung + sedikit air (bancuh)
2 cawan air

Cara membuat:

1. Masukkan bahan kisar dalam periuk, tambahkan 2 cawan air. Masak hingga mendidih.

2. Masukkan cuka, gula, garam. Kacau sebati sampai gula hancur.

Buat Sendiri Sos Cili Thai Homemade Yang Sedap. Modal RM5 Dapat 3 Botol

3. Selepas gulan hancur masukkan bancuhan tepung jagung. Biar mendidih sampai sos berkilat.

4. Dah siap. Sejukkan dulu kemudian barulah simpan dalam botol dalam masuk peti ais.

Buat Sendiri Sos Cili Thai Homemade Yang Sedap. Modal RM5 Dapat 3 Botol

Buat Sendiri Sos Cili Thai Homemade Yang Sedap. Modal RM5 Dapat 3 Botol

Selamat mencuba.

INFO LAIN :

Guna cara ini kalau nak bersihkan dapur yang banyak sisa minyak tu. Hasilnya dapur bersih berkilat seperti baru

Cara Mudah Bersihkan Habuk Pada Kipas Hanya Guna 4 Bahan Tanpa Perlu Buka Jaring & Bilah

Sumber : Haslindawati Omar / vanillakismis

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *