Info Tips

Bibik Kongsi Tip Cuci Karpet Guna Mop, Wanita Kagum Keberkesanannya. Vakum pun kaIah!

HAMPARAN karpet pelbagai corak merupakan penambah seri bagi ruang dan sudut dalam kediaman kita.

Namun, sifat karpet yang bersaiz besar, berat dan berbulu pastinya menyukarkan kita untuk membersihkannya secara berkala.

Paling mudah, kebanyakan pemilik rumah akan menggunakan penyedut hampagas atau vakum untuk menghapuskan debu dan habuk yang bersarang di dalam bulu-bulu karpet.

file72cwpd8s2gj772618y1

Ramai yang menggunakan vakum untuk mencuci karpet di kediaman masing-masing. (Gambar Hiasan)

Namun, seorang wanita dikenali sebagai Syarifah Farhana Syed Fadzil atau Fana berkongsi teknik menarik yang diajar oleh seorang pembantu rumah untuk mencuci karpet.

“Siapa yang pernah mop karpet? Kelakar kan mop karpet? Fana tahu karpet boleh mop daripada sorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanya dia… karpet boleh mop ya?

“Dia kata boleh mop untuk hilangkan habuk. Biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman. Jadi dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah.

“Semput juga dik oi macam nak tercabut jantung Fana. Tapi lepas mop tu anda akan rasa macam karpet baharu yang bersih gila, bebas kuman parasit bagai,” ujarnya.

Berikut merupakan cara mudah untuk mop karpet kediaman anda:

Pertama, masak air di dalam cerek atau periuk.

Selepas mendidih, curahkan air ke dalam baldi mop. Yang penting, hati-hati ketika melakukan proses ini.

file5vdvkmkpoiu104kz6b3u

Corak karpet yang cantik menjadi penyeri dekorasi kediaman. (Gambar Hiasan)

Kemudian, letak garam kira-kira dua sudu makan, satu penutup cecair pencuci pure Detol.

Selepas itu, pastikan anda perah mop itu sehingga tiada air yang menitik sebelum ia digunakan ke atas permukaan karpet. Ingat, jangan perah menggunakan tangan kerana air yang panas boleh menyebabkan anda melecur.

Gerakkan mop di atas permukaan karpet bagi mengeluarkan segala kotoran yang tersembunyi.

Kalau boleh, beli mop khas untuk membersihkan karpet sahaja dan elak gunakan mop yang digunakan untuk membersihkan lantai ruang lain di rumah anda.

INFO LAIN :

Guna cara ini kalau nak bersihkan dapur yang banyak sisa minyak tu. Hasilnya dapur bersih berkilat seperti baru

Cara Mudah Bersihkan Habuk Pada Kipas Hanya Guna 4 Bahan Tanpa Perlu Buka Jaring & Bilah

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *