Info Tips

Cara Untuk KiIatkan Dapur Seperti Baru, Tabur 3 Bahan Ini Dan Tuangkan Cuka

 

Perkara paling sukar untuk dilakukan selepas masak adalah membersihkan kawasan memasak khususnya dapur memasak yang berminyak, lama kelamaan ia sukar untuk dibersihkan

Melihat perkongsian daripada Dapur Pak San yang berkilat seperti baru ini ramai yang tertanya-tanya apakah tips yang digunakan supaya dapur kelihatan berkilat.

Sebab biasanya dapur di rumah jarang bersih begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.

Supaya dapur di rumah kita pun bersih begini, ini tip yang dikongsi oleh Dapur Pak San.

CARA KILATKAN DAPUR SEPERTI BARU

Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Ini bahan yang digunakan

  • Baking Soda
  • Garam
  • Sabun Cecair Pencuci Pinggan
  • Tisu Dapur
  • Cuka

CARA-CARANYA :

1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.

2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.

3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur.

4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.

5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.

Selamat mencuba.

Sumber : vmk

Layari : mastery.onpay

Ini adalah pakej video tutorial bagaimana untuk anda belajar strategi secara praktikal bagaimana menggunakan kaedah video marketing untuk tingkatkan awareness, dan sales conversion bisnes anda.

Semoga bermanfaat

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *