Info Resepi

Petua Buat KuIit Karipap Sedap & KekaI Rangup Walaupun Dah Sejuk. Menarik!

Kulit Karipap Sedap & Rangup Walaupun Dah Sejuk

Karipap sedap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah Iembik dan lemau. Apa lagi bila dah sejuk. Memang terus tak seIera nak jamah.

Kalau nak tahu cara-cara nak buat kulit karipap yang rangup serta tahan lama, boleh cuba resepi perkongsian Che Kelly Muhamad di bawah ini.

RESEPI KULIT KARIPAP SEDAP & RANGUP

Bahan Kulit Karipap:

1kg tepung gandum ( empunya resepi guna cap blue key)

1 cawan minyak masak

2 sudu makan marjerin

350ml air

2 sudu makan air rendaman kapur makan ( yang jernih)

Cara Memasak:

Panasskan minyak bersama marjerin. Sukatan ini untuk 1 kg tepung. Jika nak buat 2kg, gandakan sahaja bahannya.

Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu. Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panass.

GauI tepung hingga jadi macam ni.

Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati. Jangan risau jika tepung tidak menjadi licin. Asalkan ia sebati, sudah mencukupi.

Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik sebegini. Tujuannya supaya doh tidak terkena angin. Perap selama 4 jam. Tujuan doh diperap pula adalah supaya ia Iembut dan berminyak sedikit.

Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan g0reng hingga garing.

Jika nak buat frozen, cukup sekadar g0reng karipap separuh masa. Kemudian bekukan.

RESEPI INTI KENTANG

Bahan Inti Karipap:

1 kg ubi kentang | dipotong dadu, direbus dan di tos airnya

1/2 biji bawang besar | didadu kecil

4 sudu makan serbuk kari

8 sudu makan gula | boleh dikurangkan jika kurang gemar inti karipap yang manis

3 sudu teh garam

1 sudu teh serbuk perasa | boleh abaikan

Sedikit air

Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

Panasskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.

Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air, gula, garam dan perasa.

Seterusnya masukkan ubi kentang. K4cau hingga kering.

Padamkan a.pi dan sejukkan inti. Boleh digunakan untuk menghasilkan karipap.

Kredit resipi & foto : Che Kelly Muhamad

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *