Resepi Tips

Ini tip istimewa kudapan churros dengan rasa yang padu

Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan petang.

Rasanya lembut di dalam dan rangup di luar, apalagi kalau dicelup dengan sos coklat, memang sedap.

Resipi Churros ini memang istimewa dengan banyak tips dan teknik yang dikongsi oleh pemilik resipinya.

Ini rahsia istimewa kudapan churros dengan rasa yang padu

Bahan-bahan:

1 cawan air*
1 sudu besar mentega/margerin
1 sudu besar gula*
1 sudu teh esen vanila*
Secubit garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur B

Cara membuat:

1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda * dalam kuali (gunakan kuali anti-lekat).

Buka api dan kacau sehingga gula larut, biarkan mentega itu cair.

2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau.

Terus saja balik-balikkan tepung tersebut sehingga doh yang lembut terhasil.

Jika doh itu berketul, biarkan sahaja.

3. Pukul telur sedikit dan tuangkan ke dalam doh.

Doh masih panas, jadi terus saja uli dengan senduk.

Setelah doh agak sejuk dan dapat dipegang, ulilah dengan tangan sehingga benar-benar sebati dan tidak ada lagi ketulan tepung.

4. Masukkan doh ke dalam piping beg.

Gunakan nozel bintang dan paipkan di atas dulang yang dilapisi kertas pembakar (untuk mengelakkan daripada melekat).

Sementara menyiapkan paip Churros, bolehlah panaskan minyak dalam kuali.

5. Goreng sehingga keemasan dan angkat.

6. Tambahkan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon.

Lebih sedap jika dicelup dalam sos coklat.

Bahan-bahan untuk membuat sos coklat:

100gm coklat masakan
1 sudu mentega (saya hanya menggunakan 2 sudu minyak jagung sahaja)
cairkan secara double boil
1. Antara petua untuk dapatkan Churros yang cantik dan menjadi:

Ada beberapa resepi Churros yang penulisnya sudah cuba, tetapi menurutnya resepi ini adalah yang terbaik.

Rangup di luar, lembut di dalam.

Ada satu resepi yang saya cuba, Churrosnya keras seperti belimbing besi, disebabkan oleh terlalu banyak tepung.

1 cawan tepung sudah mencukupi, jika lebih, pasti boleh dilempar ke dinding.

2. Ketika masukkan tepung, kebanyakan resepi menyarankan untuk perlahankan api, tetapi saya TUTUP API ketika itu.

Mengikut petua, jangan uli tepung dengan air yang mendidih, ini untuk mendapatkan Churros yang kulitnya rangup dan kekerangupan itu tahan lebih lama.

3. Jika rasa adunan masih panas dan tidak dapat diuli dengan tangan, boleh tunggu sebentar.

Ambil masa untuk uli adunan hingga licin, tidak perlu tergesa-gesa kerana kuih ini tidak akan menjadi bantat atau sebagainya.

4. Lebih baik menggunakan piping bag yang tebal supaya tidak perlu menukar beg berulang kali, jika piping bag nipis mudah pecah.

5. Gunakan star nozzle untuk corak belimbing yang cantik.

Jika ingin menggunakan acuan samprit pun boleh.

Bagi mereka yang tidak memperdulikan penampilan, boleh juga menggunakan cara yang lebih santai.

6. Saiz Churros saya adalah kira-kira 2 inci setiap satu.

Bagi mereka yang mahir, boleh saja paip terus ke dalam minyak yang panas.

Bagi mereka yang masih belajar, lebih baik paipkan terus ke dalam dulang terlebih dahulu, supaya saiznya seragam.

Kemudian, baru masukkan ke dalam minyak panas dan goreng bersama-sama dalam kuali, agar hasilnya sama.

Semoga tips bermanfaat!

Sumber : IR

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *