Resepi Tips

Petua Buat Sambal Belacan Sedap & Tak Pahit Ikut Cara Mudah Ini

“Macam mana cara buat sambal belacan sedap, tak pahit dan tahan lama? Ini tidak, 2 minggu sambal dah berkulat..!”

Sambal belacan merupakan pelengkap kepada lauk-pauk utama, tak kira makan tengah hari atau makan malam. Ia boleh menaikkan selera walaupun dimakan bersama lauk yang kurang digemari.

Selain itu, ia juga sedap dimakan bersama nasi putih yang panas dan ikan goreng rangup. Confirm makan betambah-tambah dibuatnya, satu pinggan nasi memang tak cukup.

Terdapat banyak resepi yang boleh anda cuba, namun resipi perkongsian oleh M Hairul Hafiz ini merupakan salah satu cara yang mudah, ringkas dan sedap untuk diikuti. Selain itu, dia turut kongsikan petua elak sambal jadi pahit.

RESEPI SAMBAL BELACAN SEDAP & TAK PAHIT

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bawang merah (potong dan bakar)
– Bawang putih (bakar bersama bawang merah)
– 1 inci belacan
– cili padi hijau, merah
– 2,3 cili besar merah, hijau
– 3 sudu gula putih
– 2 sudu gula perang (nak bagi cantik sambal)
– 2 sudu kecil garam
– 4 sudu cuka makan
– 1 sudu serbuk perasa
– 10,12 biji limau kasturi

Cara penyediaan:

1. Mula-mula bakar bawang merah, bawang putih dan belacan. Jangan sampai hangus pula, sekadar nampak sedikit hitam.

sambal belacan sedap

2. Perahkan limau kasturi untuk ambik jusnya. Pastikan buang biji agar sambal tidak pahit. Tapi jangan buang kulitnya, ketepikan dahulu.

3. Kisar bahan yang dibakar tadi bersama air perahan limau kasturi beserta cuka, gula putih, guka perang, garam dan serbuk perasa. Waktu ini jangan masukkan cili dan kulit limau lagi.

4. Apabila dah kisar sebati, baru masukkan cili dan kulit limau. Ambil sedikit sahaja kulit untuk ambil baunya.

5. Bila dah siap kisar, tuangkan dalam bekas betutup dan simpan dalam peti sejuk. Jangan tambahkan setitik air supaya sambal tahan lama dan tak cepat rosak.

sambal belacan sedap

Kredit resipi dan gambar : M Hairul Hafiz

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *