Info Tips

4 Cara DIY Pembersih Karpet Di Rumah, Tak Payah Susah-Susah Pun Hantar Kedai

Permaidani yang ada rumah tidak kekal bersih kerana sering dipijak dan ini akan menyebabkan debu berkumpul sehingga membuatkan anda cepat sakit. Selain menghantar cuci di kedai, anda juga boleh cuba cara DIY pembersih karpet seperti perkongsian di bawah.

Empat cara ini hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah dan tidak perlu mengeluarkan wang yang begitu banyak. Jom cuba!

CARA DIY PEMBERSIH KARPET DI RUMAH, KEKAL WANGI & BERSIH

CARA DIY PEMBERSIH KARPET

1. Karpet jenis sintetik

Pembersih karpet jenis sintetik, anda boleh cuba gabungkan bahan-bahan ini:

  • ½ gelen cuka putih
  • ½ gelen air

– Di dalam baldi besar, campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.

– Semburkan sedikit cecair ke atas karpet dan mula cuci.

2. Karpet jenis berwarna cerah

Sekiranya anda memiliki karpet berwarna cerah, boleh cuba pembersih DIY di bawah ini. Mudah sahaja!

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar sabun pencuci pinggan
  • 1 ½ liter air panas
  • 5 titis minyak pati pilihan anda

– Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk kecil.

– Kacau sehingga sebati dan tuang ke atas karpet.

– Cuci sehingga bersih dan bilas.

– Biarkan kering sepenuhnya sebelum digunakan.

3. DIY semburan karpet

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah, ia akan membuatkan karpet cepat busuk dan kotor. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, boleh cuba semburan DIY untuk permaidani bebas daripada sebarang kotoran.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan cuka suling putih
  • 2 cawan air suam
  • 2 sudu teh garam
  • 15 titis essential oil

– Masukkan semua bahan ke dalam botol semburan dan goncang sehingga sebati.

– Kemudian, boleh sembur ke atas karpet untuk kekal wangi dan bersih.

4. DIY semburan hilangkan bau

Karpet yang sudah lama ada di rumah sudah tentunya akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, anda boleh cuba buat sendiri semburan untuk menghilangkan bau tersebut.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan cuka putih
  • 2 cawan air suam
  • 4 sudu besar baking soda

– Campurkan bahan-bahan dan masukkan ke dalam botol semburan.

– Sembur kawasan dengan larutan dan biarkan selama lima minit.

– Gosok perlahan-lahan dan lap cecair dengan kain lembut.

– Biarkan sehingga karpet kering.

Mudah sahaja? Selepas ini pasti karpet di rumah kekal wangi dan bersih.

Selamat mencuba!

Sumber : siraplimau

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *