Ramai orang gemar menanam pokok pudina kerana ia kaya dengan khasiat yang baik untuk manusia. Di mana, daun pudina itu sendiri digunakan untuk membuat ubat sapu dalam merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Berikut merupakan cara tanam daun pudina yang betul.
Melalui tips dikongsikan Pyan Sempoy, dia menggunakan keratan dengan menyisakan sedikit pucuk untuk menanam daun pudina. Ternyata, kaedah semaiannya itu berkesan selepas seminggu!
CARA TANAM DAUN PUDINA
Cara semai pokok pudina (mint) guna keratan atau pucuk
Saya mula tanam guna pucuk dan keratan pada pertengahan Februari 2019, masih hidup subur sampai sekarang. Dua hingga tiga bulan sekali terpaksa pangkas sebab terlalu rimbun.
Senang saja nak tanam dan jaga pokok pudina ini. Letak dekat tempat yang kena panas pagi sahaja dan siram 1-2 hari sekali.
Proses semai guna keratan dan pucuk:
- Pilih ranting yang sihat dan berdaun lebar.
- Buang daun bahagian bawah, sisakan pucuk atau 2 helai dan potong separuh daun itu.
- Cucuk ke media (saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit) yang telah dilembapkan, minimum 1 ruas (mata tunas) ditanam dan 2-3 lebih baik.
- Letak dekat tempat teduh, nak sungkup atau tutup boleh dan tak nak pun boleh asalkan tak kena panas atau hujan sebelum tumbuh tunas baru.
- Siram sikit-sikit jika media dah kering.
Lepas seminggu jika masih fresh, Insha Allah akan berjaya dan hidup subur.
Selamat mencuba!
Sumber : Pyan Sempoy / vk
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.