Resepi Tips

Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas Yang Berkesan, Sesuai Untuk Rumah Tiada ‘Oven’!

Kebanyakan orang membakar kek dengan menggunakan mesin ketuhar. Namun, siapa sangka atas dapur gas pun anda masih boleh membakar kek sebenarnya. Kalau nak tahu cara bakar kek atas dapur gas ini hanya memerlukan loyang dan periuk sahaja, baru menjadi!

Nak tahu lebih lanjut, mari ikuti resipi dan tips cara bakar kek atas dapur gas dari Puan Nor Elyani Ramli.

CARA BAKAR KEK

cara bakar kek

Gambar: Nor Elyani Ramli

Menjadi juga kek marblenya walaupun bakar dalam periuk atas dapur saja tak ada ketuhar (oven). Seronok anak-anak makan sebab bertahun tak buat kek dekat rumah sendiri. Kalau raya buat dekat kampung rumah nenek dorang saja.

Ini resipinya:

  • 1 cawan marjerin (saya guna cap pelangi)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 5 bijik telur size B
  • 2 sudu besar susu cair.
  • Pewarna hijau & merah

cara bakar kek

Gambar: Nor Elyani Ramli

  1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul bahan sampai sebati.
  3. Last masukkan tepung yang dah diayak.
  4. Lepas itu, bahagikan 3 untuk letak pewarna.
  5. Dah masukkan loyang, masukkan dalam periuk, tutup dan masak dengan api kecil dalam 45 minit.
  6. Tak payah letak air masa bakar, masukkan dia saja dalam itu, dengan api kecil ya.

Tips bakar kek atas dapur gas

cara bakar kek

Gambar: Nor Elyani Ramli

  1. Periuk kena tutup masa bakar atau masak kek.
  2. Tak perlu letak air, kalau letak air jadi stim atau kukus.
  3. Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir atau apa-apa petua yang mak-mak ajar, tapi saya letak loyang kek terus ke dalam periuk.
  4. Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek kawan-kawan belum masak dalam waktu itu, tambah lah masa 5 ke 10 minit ya.
  5. Saya tak panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau kawan-kawan nak panaskan dulu, terserah.

Disclaimer:

Sebab ramai yang tanya: periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlubang ke? TAK. Asalkan api kecil elok, kalau api meranggah bukan setakat hangit, terbakar siap la kot kan ok?

Semoga dapat membantu!

FT Imagae: Nor Elyani Ramli

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *