Resepi

Resepi Apam Coklat Kukus Gebu Untuk Anak, Confirm Tak Cukup Satu!

Siapa pernah cuba apam coklat kukus? Rugi kalau tak pernah cuba buat di rumah kerana resepinya mudah sahaja dan confirm akan menjadi hidangan pilihan anak-anak.

Resepi ini seakan-akan kek coklat tapi lebih sedap dan tidak perlu bakar. Ikuti perkongsian penuh resepi apam coklat kukus comel di bawah ini.

RESEPI APAM COKLAT KUKUS COMEL UNTUK ANAK

APAM COKLAT KUKUS

Cuti sekolah dah bermula, ada lah masa sikit nak main masak-masak. Hari ini buat sarapan apam coklat untuk anak.

Bahan A: 

  • 3 biji telur
  • 1 cawan susu cair
  • 1 ½ cawan gula
  • Secubit garam

Bahan B: 

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan C: 

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara penyediaan: 

1. Kisar semua bahan A sehingga sebati.

2. Kemudian, ayak semua bahan B dan tuang ke dalam bekas bahan A.

3. Kacau sehingga sebati tanpa ada ketulan tepung.

4. Masukkan pula semua bahan C dan kacau lagi.

5. Masukkan adunan 3/4 ke dalam bekas lompang dan kukus selama 15 minit.

Pastikan anda tutup penutup periuk kukus menggunakan kain untuk mengelakkan air jatuh ke atas apam.

Sedia untuk dihidangkan. Nak lagi sedap boleh parutkan cheese atau letak krim cheese.

Selamat mencuba!

Sumber : Lubuk Resepi & Noor Baini Bakar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *