Uncategorized

Makcik berniqab ‘herdik’ gadis berzikir guna tasbih digital – “Saya tak sangka makcik tu boleh cakap macam tu”

SETIAP insan mempunyai cara yang tersendiri untuk mendekatkan hubungan dengan Tuhan.

Ada yang masih dalam fasa memperbaiki diri daripada segi kerohanian, tidak kurang juga mereka yang sudah hebat amal ibadahnya.

Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang gadis menzahirkan kekecewaan dengan sikap seorang wanita lanjut usia yang memandang rendah kepadanya.

Tasbih digital memudahkan pengguna untuk mengira jumlah zikir. -Gambar hiasan

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat fardu Zuhur.

“Dah jadi kebiasaan setiap kali selepas solat akan berzikir dan berselawat. Saya berwirid menggunakan tasbih digital, ada tiga yang saya miliki.

“Mengapa saya miliki tasbih digital sebanyak itu? Sebab setiap kali berzikir dan berselawat, saya akan gunakan tasbih digital yang berasingan, saya tak nak bercampur rekod bacaan saya.

“Tasbih digital ini adalah ikhtiar untuk saya kira berapa yang saya dah baca, sebab ingatan jangka pendek saya agak lemah, senang lupa.,” ujar gadis itu membuka cerita.

Selepas selesai sahaja amalan hariannya itu, gadis tersebut mula melipat telekung apabila dia didatangi oleh seorang wanita lanjut usia yang dikatakan bertudung labuh dan lengkap berniqab.

“Makcik tu tegur saya, dia tanya saya guna semua ke tasbih digital yang saya bawa tu, saya pun mengiyakan sebab memang saya guna semua.

“Tiba-tiba keluar daripada mulut dia satu benda yang buatkan saya tersentak dan terasa hati, dia cakap… biasalah budak muda zaman sekarang, baru kali pertama nak berselawat dan berzikir.

Saya ni manusia yang penuh kekurangan, berzikir dan berselawat ni adalah amalan baharu yang saya tengah cuba buat.

PENGADU

“Dia siap cakap… nak masuk umur 20-an dan 30-an baru mula kejar Tuhanmuda-muda dulu duduk sibuk bercinta dan lalai daripada mencari akhirat.

Makcik tu kemudian sambung, zaman kami dulu guna tasbih biasa dan ingat guna kepala je. Apa nak jadi dengan generasi sekarang kalau ada remaja macam awak ni,” imbas gadis itu mengenai insiden tersebut yang mengguris hatinya.

Tambah gadis itu, dia tidak faham apakah salahnya untuk memiliki tiga tasbih digital pada satu masa.

“Saya tak sangka makcik tu boleh cakap macam tu, tersenyap terus saya. Mungkin pelik untuk saya guna tiga tasbih digital serentak, tapi itu adalah satu inisiatif untuk memperbaiki diri saya.

Seseorang itu seharusnya menjaga pertuturan ketika berada di dalam masjid yang merupakan rumah Allah. -Gambar hiasan

“Tak salah pun apa yang saya buat tu, malah saya bangga dengan diri saya, cara saya tu membuahkan hasil. Zikir dan selawat saya menjadi lebih teratur serta saya beristiqamah mengamalkannya.

“Kalau saya guna cara biasa untuk berzikir dan berselawat, saya akan senang hilang kiraan dan perkara tu menyebabkan saya luntur semangat sehingga akhirnya saya berhenti terus amalan tu.

“Saya ni manusia yang penuh kekurangan, berzikir dan berselawat ni adalah amalan baharu yang saya tengah cuba buat. Semua yang diusahakan ni bukan untuk saya menunjuk-nunjuk,” kata gadis tersebut.

Menitipkan pesanan, gadis itu berharap agar wanita lanjut usia terbabit tidak cepat untuk menghakimi orang di sekeliling.

Warga maya berkongsi pengalaman sama.

“Untuk makcik tu, tahniah saya ucapkan sebab makcik dah lama mampu berzikir dan selawat tanpa gunakan apa-apa alat digital, boleh guna kepala je, syukur Alhamdulillah.

“Tapi satu nasihat saya, janganlah teruskan sifat makcik untuk judge orang, saya faham diri saya ni banyak kurang, tapi jangan buat begini.

“Tambahan pula ketika sedang di dalam masjid, makcik pun bertudung labuh dan memakai niqab. Ingat satu je, hidup kita ni ada masa di atas dan ada masa juga di bawah.

“Hanya Allah je yang tahu bagaimana amal pahala kita dinilai,” ujar wanita tersebut menutup bicara.

Sumber : mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *