Info Tips

Cara Tukar Baru Surat Beranak Yang Dah Lusuh & Kuning. Bayar RM5 Sahaja

Bagi yang umur 40 tahun ke atas surat beranak korang mesti dah kuning, lusuh dan mungkin juga ada yang dah koyak sikit.

Memang boleh guna dan nampak lagi tulisan tangan dan info pada surat beranak tapi tak mustahil juga boleh koyak akibat dah terlalu lama. Surat beranak ini dokumen penting yang kena ada dan simpan sentiasa.

Jadi kalau dah uzur sangat keadaan surat beranak tu apa kata kita tukar saja kepada yang baru. Macam sijil beranak anak-anak kita sekarang.

Cara nak tukar surat beranak lama kepada baru ini boleh dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara. Mudah dan panduannya ada dikongsi oleh Mawarni Sani.

Cara tukar surat beranak lama kepada baru di JPN

Surat Beranak Lama Yang Dah Kuning & Lusuh Tu Boleh Tukar Baru. Bayar RM5 Saja, Ini Caranya

Hari ni pegi JPN. Nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saya share caranya ;

✔️Bawa 1 salinan IC (original dah tentu kita bawak sentiasa)

✔️Surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun)

✔️Bayar RM5 (bayar guna kad ya)

✔️Tunggu sekejap, dah siap!

Kita juga boleh print jugak untuk pasangan. Syaratnya

✔️Bawa surat nikah original & salinan

✔️1 salinan IC wakil yang nak print

✔️Bayar RM5 jugak.

 

Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan. Setel hal surat beranak. Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak-kanak!

Semoga bermanfaat.

Sumber : Mawarni Sani / VK

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *