Tips

Peniaga 20 Tahun ‘Kongsi’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama

Tiba sahaja waktu minum petang, pasti ramai dalam kalangan kita yang mencari menu kudap-kudapan dan yang paling popular adalah pisang goreng. Namun, setiap kali buat bancuhan tepung goreng pisang ini di rumah pasti tidak akan menjadi rangup dan tahan lama macam yang dibeli di gerai jualan makcik-makcik di luar sana.

Oleh itu, ada satu perkongsian resepi bancuhan tepung goreng pisang yang ‘dibocorkan’ rahsia oleh peniaga sendiri. Malah, bancuhan tepung ini bukan sahaja sangat sesuai untuk pisang sahaja, malah keledek dan tauhu pun boleh digunakan. Jom cuba!

RESEPI BANCUHAN TEPUNG GORENG PISANG RANGUP DAN TAHAN LAMA

tepung goreng pisang

Ini niaga gorengan saya. Pisang, keledek, roti, kuih rengas@kasturi. Saya niaga dah lebih 20 tahun, Alhamdulillah customer suka tepung goreng saya, sebab rangup dan tak berminyak.

Tadi ada sahabat minta resepi bancuhan tepung goreng yang rangup dan tahan lama. Nah saya share resepinya, resepi cara saya. Rasanya banyak sahabat-sahabat yang niaga goreng pisang dan lain-lain resepinya mungkin tak sama. So janganlah ada yang toxic nak compare resepi orang, cara kita tak sama. So kita raikan bersama.

VERSI TEPUNG BERAS :

Saya guna tepung cap teratai, tepung ni memang elok untuk goreng-goreng. Saya bagi sukatan cawan ye senang, kalau nak buat banyak boleh gandakan sukatan.

-1 cawan tepung beras
-2 sudu tepung ubi
-1 sudu teh air kapur
-1 sudu teh gula, gula ni gunanya untuk merangupkan lagi tepung
-1/2 sudu teh garam
-11/2 cawan air
-Pewarna kuning telur, saya guna yang serbuk, warna dia soft
-Bancuhan ni dah cukup, tak cair sangat tak pekat sangat ya

VERSI TEPUNG GANDUM :

-1 cawan tepung gandum
-2 sudu tepung kastard
-2 sudu minyak
-1 sudu teh gula
-1/2 sudu teh garam
-11/2 cawan air

-Untuk versi ni, tak perlu pewarna, sebab tepung kastard dah kuning
-Bancuh semua, nak senang, blendkan saja
-Kalau nak blend, masukkan air dulu baru tepung, jadi tak melekat tepung dekat jug blend tu. Ikut la mana-mana versi resepi yang disukai.

CARA MENGGORENG :

1.Panaskan minyak, betul-betul panas ya kalau nak dapatkan kerak-kerak dia macam dekat gambar tu.

2.Masukkan pisang, jangan penuh sangat dekat kuali, bila dah cukup, terus terbalikkan, tak nak nanti pisang melekat satu sama lain.

3.Kecilkan sikit je api, bagi pisang tak rentung, tapi jangan kecil sangat, nanti tepung lemau dan serap minyak.

4.Kalau untuk roti, tak perlu balikkan ya, biar dia kekuningan baru terbalikkan, cukup sekali balik je.

tepung goreng pisang

*Selamat mencuba!

Sumber : Zulkifli Mat

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *