Info Resepi

Cara Buat Bihun Goreng ‘Koboi’ Yang Sedap, Hanya Guna Satu Rencah

Tekak rasa nak makan bihun goreng tapi rencah tak berapa nak ada. Kalau macam tu boleh buat bihun goreng koboi ni. Bihun goreng yang ringkas sangat.

Rencah tak perlu macam-macam, letak satu bahan saja iaitu ikan bilis terus jadi sedap. Resepi perkongsian Hana A Razak ini sesuai sangat bagi yang nak ceoat masak atau bahan lauk kat dapur tak berapa nak ada.

Cara buat bihun goreng koboi, guna satu rencah saja

Bahan-bahan:
2/3 paket bihun
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu cili kisar
2 biji bawang merah- hiris
2 biji bawang putih- hiris
2 biji telur
1/2 batang lobak merah- hiris
Kicap
Garam
Air

Cara membuat:

1.Cuci bersih ikan bilis, kemudian tumbuk separuh hancur

2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis dulu bagi garing sikit. Guna satu rencah ini saja. Nak ganti udang kering pun boleh.

Cara Buat Bihun Goreng ‘Koboi’ Yang Sedap, Guna Satu Rencah Saja

3. Dah garing, baru tumiskan bawang yang dihiris nipis. Bawang dah layu baru masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak dan pecah minyak.

4. Dah naik minyak, masuk kicap dalam sesudu untuk beri warna sambal cantik. Kemudian bolehlah letak sayur apa yang ada, lobak merah pun dah ok.

5. Masukkan air, banyak pun takpa sebab bihun ini rendam air biasa bukan air panas. Dah mendidih, pecahkan telur 2 biji.

Cara Buat Bihun Goreng ‘Koboi’ Yang Sedap, Guna Satu Rencah Saja

6. Kemudian baru masukkan bihun. Kacau rata dan masukkan pula garam. Gaul sebati.

Cara Buat Bihun Goreng ‘Koboi’ Yang Sedap, Guna Satu Rencah Saja

7. Siap, bihun koboi.

Cara Buat Bihun Goreng ‘Koboi’ Yang Sedap, Guna Satu Rencah Saja Selamat mencuba.

Sumber : Hana A Razak

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *