Info Resepi

Resepi Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di MuIut. Mudah Tanpa Guna 0ven & Mixer!

Teringin nak buat biskut raya, tapi tiada kelengkapan yang lengkap? Ibu-ibu jangan risau, boleh cuba resepi biskut cornflakes susu ini kerana tidak perlu menggunakan pemutar (mixer) ataupun oven sama sekali.

Biskut ini bukan saja mudah untuk dibuat, rasanya juga sedap kerana rangup di luar dan cair di mulut. Sesuai juga dimakan oleh anak-anak kecil. Bolehlah ibu-ibu cuba buat untuk hidangan di pagi hari raya nanti.

RESEPI BISKUT CORNFLAKES SUSU TANPA OVEN & MIVER

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan tepung gandum (digoreng/disangai)
  • 1 cawan minyak sapi + 1 sdb
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan cornflakes (diramas)
  • Susu tepung untuk salut

Cara-Cara:

1. Cairkan minyak sapi. Ketepikan dalam sebuah bekas.

2. Kemudian, sangai (g0reng tanpa minyak) tepung gandum selama lebih kurang 5 minit. Bila tepung dan menjadi ringan, dah boleh angkat.

3. Tak perlu tunggu tepung sejuk, terus masukkan ke dalam campuran gula kastor dan cornflakes. GauIkan sehingga semua bahan kering sehingga sebati.

4. Seterusnya masukkan minyak sapi yang telah dicairkan tadi. GauIkan sehingga sebati.

5. Sekarang dah boleh bentukkan adunan kepada bulat-bulat kecil.

6. Akhir sekali, salutkan dengan susu tepung sehingga bersalut rata.

Siap, selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN

Ohh,Rupanya Ini Cara G0reng TeIur Dadar Gebu & Garing Sama Macam Kedai Siam. Memang Padu!

Cara mudah tanam pokok kunyit, cun meIecun tanpa ca.cat daunnya

Cara Tan4m Pokok Kesum Tanpa Tanah, Hanya Guna Bahan Ini. 7 Hari Dah Rimbun

Kredit : Siti Nailah AlFarafisha Roslan / Myresipi

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *