Info Tips

Tips Cara Betul Ukur Saiz Kasut Budak Dengan Mudah Dan Tepat

Ada yang f0bia nak beli kasut anak online sebab tersalah saiz. Frust sangat sebab dah lama tunggu design tu dan harga pun boleh tahan mahal kan.

Kalau kita yang dewasa ni, jaranglah saiz kasut tu berubah-ubah. Tapi budak-budak yang tengah membesar ni kita kena selalu ukur dan check sebelum beli untuk pastikan kasut yang dibeli tu tak terlalu kecil atau terlalu besar.

Di sini kami kongsikan cara paling mudah dan tepat ukur kaki anak anda dulu sebelum membeli kasut yang dikongsikan oleh penjuaI kasut sendiri.

CARA UKUR SAIZ KASUT BUDAK DENGAN TEPAT & MUDAH

Ini kami kongsikan 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.

1. Lukis kaki anak di atas kertas.

Bubuh kaki anak atas kertas kosong dan lepas tu kita tekapkan saja.

2. Ukur

Bila dah dapat lukisan tu, barulah kita ukur guna pembaris. Kat mana nak ukur?

Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.

3. Tambah 1 cm

Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau!

Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.

4. Rujuk Carta Saiz

Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ni.

Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU.

Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak guna nanti.

Cara Alternatif

Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.

Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.

ARTIKEL LAIN

Kalau salur bilik air selalu tersumbat, standby alat ni. SeIamat RM300 panggil pIumber.

Cuba la ni.. Nak lagi berkesan, sebelum pakai masker, wapkan muka dengan air panass supaya pori² kulit terbuka..

Kaedah ini tak perlu rendam atau berus kain lap yang kotor namun hasilnya kain bersih dan bau pun hiIang. Senangkan…

P/S : Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta saiz tu.

Ok mudah kan?

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah mendapatkan saiz kasut anak yang tepat dan selesa.

Jadi lepas ni taklah takut-takut nak beli kasut anak online lagi kan?

Jom kongsikan pada semua jika anda rasa ia bermanfaat.

Terima kasih!

Sumber : Zuk Zuhaiza & Kasut Budak Bundle Sakeenah

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *