Info Tips

(Video)’Tak PerIu Rendam,SentaI’ Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur Supaya TanggaI Semua Kot0ran & Wangi

Kain lap dapur antara barang yang kotor dan banyak kuman di rumah. Maklumlah fungsi mengelap kotoran, tumpahan dan sisa masakan di dapur.

Kain ini pula ada yang dibiarkan berhari- hari tanpa dibasuh menyebabkan kotoran melekat dan ada bau masam yang sukar dihilangkan. Dah sental pun belum tentu hilang.

Sebab itu untuk membasuh kain lap dapur ini kena guna betul caranya, barulah semua kotoran ini hilang. Dikongsi oleh Ellie Haji Darus yang juga guru kelas masakan, ini cara mudah yang boleh kita dipraktikkan untuk mencuci kain lap dapur.

Kaedah ini tak memerlukan kita merendam atau memberus kain lap yang kotor namun hasilnya kain bersih dan bau pun hilang. Senangkan…

Cara cuci kain lap dapur

Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap, yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!

Biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, buh sabun dan air… biar rendam semalaman. Kadang-kadang jadi bermalam-malam sampai berbau dan berlendir.

Ini cara Ellie cuci kain lap.

1. Sedia kan sebiji periuk (kalau boleh sediakan periuk khas jika basuh setiap hari, beli di kedai Eco pun bole).

2. Masukkan air dan sabun pencuci (sabun serbuk) kemudian tambah sedikit baking soda. Kacau supaya bahan larut.

Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur Supaya Tanggal Semua Kotoran & Wangi. Tak Perlu Rendam Atau Sental

3. Rebus air atau dapur dan masukkan kain lap. Rebus selama 10 minit.

4. Selepas 10 minit, tutup api dan curah air dalam singki.

5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus manja-manja saja cukup.

6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila dah kering kain memang bersih dan wangi.

Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur Supaya Tanggal Semua Kotoran & Wangi. Tak Perlu Rendam Atau Sental

INFO LAIN :

Guna cara ini kalau nak bersihkan dapur yang banyak sisa minyak tu. Hasilnya dapur bersih berkilat seperti baru

Cara Mudah Bersihkan Habuk Pada Kipas Hanya Guna 4 Bahan Tanpa Perlu Buka Jaring & Bilah

Boleh juga tonton video DIY Ellie seperti di bawah ;

MARI LIHAT VIDEO

Selamat mencuba.

Sumber :  Ellie Haji Darus / vanillakismis

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *