Resepi Tips

Tips Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap! Perkongsian Bekas Pekerja Starbucks

Tak dinafikan ramai antara kita yang suka minum nescafe. Namun meskipun ramai yang suka, tidak ramai yang pandai menyediakannya sendiri di rumah. Selalunya rasanya macam tak sampai di tekak seperti yang biasa diminum di luar. Resepi Bancuhan Air Nescafe Yang Paling Sedap, Dikongsi Sendiri Oleh Bekas Pekerja Starbucks

Seorang bekas pekerja Starbucks berkongsikan resepi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal hasil penpengalamannya bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbucks selama ini.

RESIPI BANCUHAN NESFACE PALING SEDAP!

Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ket agih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!

Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum. Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya. Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3 in 1. Kepada pen agih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar, 280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang keta gih sebab tu perut kau buncit tak kempis-kempis…yang disalahkan, nasi…kesian nasi.

INI RAHSIANYA!

1.Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.

 Resepi Bancuhan Air Nescafe Yang Paling Sedap, Dikongsi Sendiri Oleh Bekas Pekerja Starbucks

2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil

 Resepi Bancuhan Air Nescafe Yang Paling Sedap, Dikongsi Sendiri Oleh Bekas Pekerja Starbucks

3. Susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil

 Resepi Bancuhan Air Nescafe Yang Paling Sedap, Dikongsi Sendiri Oleh Bekas Pekerja Starbucks

4. Campurkan dan kacau sekali

 Resepi Bancuhan Air Nescafe Yang Paling Sedap, Dikongsi Sendiri Oleh Bekas Pekerja Starbucks

5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

 Resepi Bancuhan Air Nescafe Yang Paling Sedap, Dikongsi Sendiri Oleh Bekas Pekerja Starbucks

6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!

 Resepi Bancuhan Air Nescafe Yang Paling Sedap, Dikongsi Sendiri Oleh Bekas Pekerja Starbucks

7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya, macam tu lah nescafe.

 Resepi Bancuhan Air Nescafe Yang Paling Sedap, Dikongsi Sendiri Oleh Bekas Pekerja Starbucks

Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.

*Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja tu.

Sumber : sajagempak

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.