Semasa

(Video)”Steady Abam Foodpanda Kita”. Bantu padam kebakaran sebelum api marak

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan Food Panda yang membantu orang awam memadamkan api di kawasan sekitar mendapat pujian netizen yang tular di laman Facebook sejak semalam.

Video yang berdurasi 51 saat itu memaparkan penghantar makanan tersebut sedang lalu di kawasan sekitar yang berlakunya kebakaran namun bertindak untuk berpatah balik dan membantu orang sekitar memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api.

Rata-rata pengguna di laman Facebook memuji tindakan penghantar makanan tersebut atas keprihatinan dan keberaniannya untuk membantu memadamkan api yang mula marak itu.

Menurut seorang pengguna laman Facebook yang bernama Deena Iguchi berkata, penghantar makanan tersebut patut diberi pengiktirafan atas sikapnya yang berani dan membantu orang sekitar.

“Bagus abang Food Panda ni, dia patut diberikan pengiktirafan kerana sudah menyelamatkan situasi dari jadi lebih teruk. Ini merupakan contoh yang terbaik untuk orang di luar sana agar sentiasa bantu-membantu sekiranya ternampak kesusahan orang lain,” katanya.

Menurut pengguna lain yang bernama Amry Awiee berkata, sesungguhnya dia berasa amat bersyukur kerana masih wujud orang yang baik hati untuk membantu orang lain pada zaman ini.

“Alhamdulillah hero Food Panda penyelamat. Di mana-mana pun masih ada penghantar makanan yang baik untuk membantu orang lain. Terbaiklah bang,” pujinya.

Video:

 

Sumber : K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *