Info

Mantap Makcik Kembar Ni,Betul-Betul Patuh Dengan SOP

Alor Gajah: Selepas lebih setahun tidak bertemu berikutan pandemik Covid-19, dua beradik kembar warga emas Rokiah dan Rosiah Ab Rahim, 74, teruja bertemu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, di Lendu, sini, hari ini.

Meskipun jarak kediaman mereka hanya kira-kira enam kilometer, mereka tidak pernah bertemu sebelum ini kerana mematuhi arahan berada di rumah berikutan kesihatan yang tidak mengizinkan kerana kedua-duanya menghidap darah tinggi dan berkerusi roda.

Rokiah yang menetap di pekan Masjid Tanah berkata, hari berkenaan paling bermakna buat mereka apabila bertemu dalam suasana Covid-19 yang membimbangkan.

“Saya sememangnya dijadualkan (mengambil vaksin) hari ini, sementara adik saya itu dijadualkan lebih awal namun dia menolak sebanyak dua kali sebelum ini atas faktor kesihatan.

“Namun atas pandangan adik lain yang sudah menjalani proses suntikan vaksin, Rosiah terbuka hati menerima suntikan tapi dia juga tidak menduga dijadualkan semula pada hari yang sama dengan saya,” kata anak pertama daripada sembilan beradik itu.

Menurutnya, dia juga gembira kerana anak saudaranya Nur Rahimah Abd Razak, 31, sudi menghantarnya ke pusat berkenaan bagi menjalani suntikan terbabit.

Sementara itu, Rosiah yang tinggal di Solok Duku mengakui terkejut dapat bersama kakaknya kembarnya menjalani suntikan pada hari yang sama.

Menurutnya, dia sebelum ini menolak dua kali juga disebabkan takut, namun keadaan kesihatan yang kini mengizinkan menyebabkan dia bersedia untuk disuntik.

Katanya, dorongan semua adik-beradik yang lain juga memberi kekuatan dan semangat kepadanya untuk menjalani suntikan berkenaan selain menyedari kepentingannya.

Bagaimanapun dia tidak menduga menolak dua kali sebelum ini, rezeki buatnya bertemu kembarnya di PPV terbabit.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *