Semasa

(video) Sayu Tengok Adik SOFEA.Tolong Doakan Sofea, kesan 21 Hari K0ma Selepas Terjatuh Dari Tangga

Tular pada tahun lalu kisah adik Nur Arriana Sofea yang masih lagi merupakan seorang bayi telah terjatuh 12 anak tangga. Kesannya, dia telah terlantar koma selama 21 hari dan keadaannya selepas itu tak ubah seperti orang yang terkena strok.

Sofea merupakan anak angkat yang telah diambil dan dijaga oleh keluarga Puan Dhia bersama-sama dengan anak-anaknya yang lain.

Kejadian malang yang menimpa adik Sofea bukanlah daripada hasil kecuaian sesiapa kerana keluarga Puan Dhia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya seperti meletakkan adik Sofea didalam katil bayi, memasang pagar penghadang tangga dan lain-lain lagi untuk tujuan keselamatan.

Namun, sudah takdir Allah S.W.T begitu. Itulah suratan takdir yang telah tertulis buat adik Sofea. Walaupun pada awalnya Sofea adalah bayi yang sangat cepat proses tumbesarannya seperti dapat duduk pada usia 6 bulan, merangkak pada usia 7 bulan dan lain-lain lagi,namun Allah S.W.T menguji adik Sofea dan keluarga Puan Dhia dengan keadaan adik Sofea yang kini banyak berbaring.

DIBUANG TEMPURUNG KEPALA
Sewaktu kejadian, Sofea terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tempurung kepala belah kanan dan juga darah beku didalaminya. Anggota badannya sebelah kiri semuanya lemah dan tidak mampu digerakkan. Adik Sofea hanya mampu melihat sebelah kanan sahaja.Pernafasannya masih lagi perlu menggunakan mesin ventilator sekaligus menyebabkannya terpaksa dipasangkan lubang pernafasan di leher (Tracheostomy).

HADAPI KEHAMILAN DALAM KEADAAN SEDIH
Pada waktu itu juga Puan Dhia menerima berita baik bahawa dia sedang mengandung lagi. Namun, melihatkan keadaan adik Sofea benar-benar menguji mental dan fizikalnya.Pada waktu itu juga suaminya masih lagi dalam pengajian dan bakal menghadapi peperiksaan. Hampir sahaja ditangguhkan peperiksaan demi adik Sofea.

namun mentua dan adik ipar Puan Dhia sanggup datang ke rumah mereka untuk membantu Puan Dhia menguruskan adik Sofea dan anak-anaknya yang lain serta memberikan ruang kepada suaminya untuk fokus dengan pengajian.

MULA TUNJUKKAN PERKEMBANGAN POSITIF
Menurut Puan Dhia, adik Sofea kini mulai menunjukkan perkembangan yang semakin positif. Masalah yang sering dialaminya seperti kembung perut sudah mulai berkurangan. Pergerakan anggota sebelah kiri juga sudah semakin kuat. Dia juga sudah boleh menggerakkan kepalanya dan menoleh ke sebelah kiri.

BAWA SOFEA KE APPOINTMENT DENGAN PAKAR
Keluarga Puan Dhia juga berusaha sehabis daya untuk memastikan adik Sofea dapat pulih seperti biasa dengan menghadiri temujanji fisioterapi dan rawatan cara kerja 2 minggu sekali, berjumpa doktor Pediatrik, Neurosurgeri, ENT, Ophthalmology dan rehabilitasi di Hospital SASMEC.

Berat ujian buat adik Sofea dan keluarga Puan Dhia. Mereka ternyata telah mengambil langkah keselamatan dengan sebaiknya namun Allah S.W.T masih lagi memilih untuk menguji mereka. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.

Oleh itu, marilah kita sama-sama doakan supaya adik Sofea dapat kembali sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Semoga keluarga Puan Dhia akan terus tabah dan cekal untuk menjaga adik Sofea dan supaya mereka terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah supaya mereka dapat berikan perhatian dan penjagaan yang diperlukan adik Sofea.

PENTINGNYA PERTOLONGAN CEMAS
Menerusi perkongsian Puan Dhia ini juga kita dapat melihat betapa semua orang boleh membantu seperti Puan Dhia dan suami yang mengambil langkah berjaga-jaga, mendalami ilmu CPR dan bantuan asas, mentua dan ipar yang sanggup membantu meringankan beban dan lain-lain lagi.

Semoga kita juga menjadi masyarakat yang lebih kepada membantu daripada menghukum.

Video:

SUMBER : MAJALAHPAMA / MY & FB MADAMM DHIA / lakarmedia / coretannasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *