Info

(Video) Baru “Charge” Telefon Tiba-tiba Meletup Ketika Tengah Tidur

Sudah menjadi tabiat sebilangan daripada kita untuk mengecas telefon bimbit kita sebelum tidur bukan?

Bukan apa, ianya supaya apabila hari esok menjelma, senang untuk kita pakai terus telefon bimbit kita tu tanpa perlu memikirkan tentang tahap baterinya.

Namun begitu, perkara tersebut sebenarnya boleh mendatangkan risiko dan kejadian yang tidak diingini.

Seperti yang terjadi dalam satu video ini, telefon bimbit milik seorang warganet ini telah meletop secara tiba-tiba ketika dia sedang tidur.

Menurut kapsyen yang tertulis dalam video tersebut, dia mula mengecas telefonnya itu pada jam 11 malam. Semasa dia terjaga pada pukul 3 pagi, dia terdengar satu bunyi ledakan.

Dan apabila dia cuba menyiasat dari mana datang bunyi itu, dia mendapati bahawa bunyi ledakan itu sebenarnya datang daripada telefon bimbitnya.

Ketika kejadian, dia menyatakan bahawa biliknya telah penuh dengan asap dan bau seperti terbakar.

Dia juga turut menyatakan kesyukuran kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan mendakwa bahawa jarak tempat dia mengecas telefonnya itu tidak jauh daripada katilnya.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 17 ribu kali.

Video :

 

Sumber : makasar / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *