Hiburan

(video) Mak Tak Perasan Anak Makan lipas Sampai Tinggal Kaki.

Sudah lumrah seorang bayi yang baru mengenal dunia, akan ada fasa mereka mengutip apa sahaja di lantai dan memasukkan objek ke dalam mulut.

Menurut E-Medicine Health, bayi berusia empat bulan sudah boleh memasukkan objek ke dalam mulut mereka. Mereka menggunakan jari jemari untuk mengutip objek dan secara nalurinya akan memasukkan objek itu ke dalam mulut.

Ketika fasa inilah, ibu bapa perlu lebih berjaga-jaga dengan memastikan rumah berada dalam keadaan selamat serta bebas daripada objek kecil yang berbahaya dan boleh menyebabkan bayi tercekik.

Pun begitu, bukan semua ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka sentiasa selama 24 jam. Ada masanya anak terpaksa dibiarkan berseorangan sebentar sementara penjaga membuat kerja lain.

Namun, dalam tempoh singkat itulah adakalanya tangan si kecil lebih cepat mengutip sesuatu yang menarik pandangannya.

Seperti perkongsian seorang wanita, @rianaria21 di TikTok di mana anaknya ‘menjamah’ seekor lipas sehingga tinggal kaki sahaja. Video itu kemudiannya dikongsikan semula laman Liputan6 baru-baru ini.

Jelasnya, dia tidak menyedari kewujudan lipas tersebut berhampiran lokasi anaknya.

Sebaik sahaja dia sedar, bayi itu sudahpun menjamah lipas berkenaan sehingga tinggal kaki sahaja. Malah, tangan bayinya juga melekit setelah memegang dan memakan serangga itu.

Melihat video berkenaan, ramai yang menyuruh wanita itu membawa bayinya ke hospital gara-gara risau kesan sampingan daripada lipas yang mempunyai banyak kuman.

Isi perut lipas tak boleh kena kulit, khuatir boleh dimasuki cacing

Bawa ke hospital terus, tak tahu kuman atau virus apa yang ada pada lipas

Tolong bawa berubat, kasihan adik

Video :

 

Sumber : E medicine / siakapkeli

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *