Info Tips

Bekas Telur Jangan Buang, Boleh Guna Elak Bau Sampah Dalam Rumah. Caranya Mudah Saja

Naik pening kepala dibuatnya apabila bangun sahaja tidur terus menghidu bau sampah satu rumah. Bukan itu sahaja, sampah juga datang dengan ‘pakej’ berair padahal baru sahaja sampah dibuang. Jangan risau, anda boleh cuba gunakan ‘sarang telur’ atau bekas telur dan diletakkan dalam tong sampah.

Nampaknya cara ini dapat mengurangkan bau sampah satu rumah dan juga tidak membuatkan sampah tersebut berair. Jom cuba!

JANGAN BUANG BEKAS TELUR, GUNA ELAK BAU SAMPAH

Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga. Senang je nak buat ni:

1. Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.

2. Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.

3. Then, masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi. Fungsinya bagi serap air dan bau.

MEMANG TIPS BERGUNA!

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai dalam kalangan warganet yang sudah mencuba teknik ini. Semuanya amat berpuas hati dengan teknik bekas telur dimana tong sampah kurang berair dan kurang berbau. Daripada dibuang sahaja bekas telur ini, ada juga kegunaanya yang dapat memberi manfaat bukan?

Sumber: Nur Husna Shaikhun

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *