Info Tips

Rupanya tanaman pun perlu kena ‘diugut’, ini antara petua agar pokok cepat berbuah

Tanaman pun perlu kena ‘diugut’ rupanya supaya cepat berbuah. Ada petua yang boleh diamalkan agar tanaman dapat memberi hasil.

Bercakap atau bertindak ‘tegas’ dengan pokok tanaman amat disaran seperti dikongsi dalam laman Facebook Pertanian Satu Perniagaan.

Seorang pengguna Facebook antaranya menyenaraikan kaedah-kaedah tertentu untuk tanaman tertentu agar cepat berbuah.

Rupanya tanaman pun perlu kena 'diugut', ini antara petua agar pokok cepat berbuah

“Pokok kalau tak mahu berbuah biasanya ditakik atau dilukai supaya merangsang dan tindakbalas untuk berbuah.

“Biasanya pokok limau bali digantung sesuatu, pokok mempelam ditoreh lurus ke bawah, pokok kelapa ditetak dan dilubangkan di bahagian akar,” kata Abdul Latib Hasmuni.

Sementara itu, Paul Anderson Rimet pula berpendapat tanaman pun ada ‘telinga’.

“Tahun ni peluang akhir kau (tanaman). Kalau tak berbuah, tahun depan jadi kayu api”. Tahun ni berbuah pokok petai bapak belakang rumah,” tulisnya.

Hal sama diakui Mohd Redzwan Mohd Rudin yang berkata, “Selalu pesan kat pokok supaya tumbuh subur dan cepat besar, belai dan bercakap”.

Sumber : nextstep

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *