Info Tips

Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade Guna 4 Bahan. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet.

Rupanya kita boleh buat sendiri perasa serbuk ayam secara homemade. Cara membuatnya juga cukup mudah, hanya memerlukan beberapa bahan iaitu dada ayam, halia, serai dan juga air.

Jika selalu beli yang sudah siap di pasaran, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Lebih sihat kerana bebas bahan pengawet, MSG, garam dan gula yang tidak baik untuk kesihatan.

PERASA SERBUK AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

– 3 ketul dada ayam
– 1 ½ inci halia (diketuk)
– 2 batang serai (diketuk)
– Air (agak tenggelam dada ayam)

Cara-cara:

1. Basuh bersih dada ayam kemudian toskan.

2. Rebus dada ayam dengan serai dan halia sehingga hempuk atau lembut.

3. Angkat dan toskan buang air rebusan atau boleh simpan guna untuk buat sup. Carikkan atau leraikan dada ayam tadi.

4. Sangai isi ayam tadi atas kuali yang tidak melekat guna api kecil. Sangai sehingga garing dan keperangan.

5. Kemudian blend kering isi ayam tadi. Guna tapis utk dptkan tekstur serbuk. Ulang langkah sehingga dapst tekstur ysng kalian suka. Selamat mencuba!

perasa serbuk ayam

Kredit resipi dan gambar : Nur Sakinah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *