Info Tips

Cara Mudah Simpan Cili Padi Tahan Berminggu-Minggu Dalam Peti Ais, Paling Senang Nak Buat!

Pening kepala dibuatnya bila beli cili di kedai tetapi cepat busuk dan rosak. Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya iaitu dengan mencuba cara simpan cili seperti perkongsian pengguna TikTok di bawah ini.

Jelasnya, dengan menggunakan tips ini cili tahan berminggu-minggu di dalam peti ais. Lebih senang kerana tidak perlu beli berulang kali di kedai.

CARA SIMPAN CILI SUPAYA LEBIH TAHAN LAMA, CUBALAH

CARA SIMPAN CILI

Cara-caranya mudah sahaja. Jom cuba!

1. Cabut tangkai/batang cili.

2. Setelah cabut tangkai, basuh semua cili sehingga bersih dan keringkan.

3. Kemudian, ambil bekas dan lapikkan dengan tisu kering.

4. Masukkan cili yang sudah dibuang tangkai dan beberapa ulas bawang putih yang sudah dibuang kulit.

5. Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais.

Fungsi bawang putih boleh membuatkan cili tahan lebih lama di dalam peti ais. Berminggu-minggu simpan pun tetap masih elok.

Mudah sahaja kan? Boleh cuba buat untuk menjimatkan masa anda.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Sumber : TikTok Dapur Awang

Diolah oleh : siraplimau

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *