Kisah RumahTangga

Kalah Dengan Nafsu Sendiri Sampai Terlanjur, Wanita Akui Kesal Curang Dengan Suami ‘Sempurna’

Selalu kita dengar jika individu berlaku curang, ia kerana atas faktor merasakan pasangan mempunyai kekurangan tetapi kali ini, luahan seorang wanita yang berlaku curang terhadap suaminya yang disifatkan ‘sempurna’ telah raih perhatian.

Kesal berlaku curang terhadap ‘perfect husband’

Dalam screenshot NGL yang dimuat naik oleh seorang pengguna di platform X, wanita yang sebelum ini bergelar isteri kesal berlaku curang terhadap suami yang serba serbi sempurna sifatnya.

Kata wanita itu, bekas suami seorang yang sangat matang dan sempurna, bahkan tidak pernah lupa memberi nafkah.

Terlanjur dengan lelaki lain

Biarpun suami sempurna, satu hari, wanita tersebut berkata dia terlanjur bersama seorang lelaki yang dijumpai sewaktu keluar dengan rakan-rakan lain.

Malah wanita tersebut akui berlaku curang tanpa pengetahuan suami selama setahun dan kantoi sewaktu bekas suami ternampak dirinya keluar dengan skandal.

Bercerai selepas 8 tahun, rasa kosong

Kata wanita itu lagi, walaupun sudah bercerai, bekas suami tidak pernah culas bayar nafkah untuk dirinya dan dua orang anak.

Sumber : beautifulnara

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *