Info Tips

Geli Lipas Berkeliaran Di Dapur. Guna 4 Bahan Ini “Confirm” Semua Lari

Lipas merupakan sejenis serangga perosak yang dipercayai sudah wujud sejak zaman purba lagi.

Habitat lipas yang duduk di kawasan kotor seperti longkang dan tempat pembuangan sampah sarap menyebabkan haiwan itu menjadi pembawa pelbagai penyakit.

Antara penyakit yang dibawa oleh lipas adalah seperti cirit-birit, keracunan makanan, cholera dan demam kepialu (typhoid).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat dua spesies lipas yang biasa ditemui di persekitaran domestik. Dua spesies itu adalah Periplaneta americana dan Blatella germanica.

Kebanyakan spesies lipas yang sering ditemui dan membiak di kawasan rumah kita adalah datang dari jenis Periplaneta americana.

Bagi mengelakkan persekitaran tempat tinggal kita menjadi habitat lipas, kaedah paling berkesan adalah dengan sentiasa memastikan kebersihan persekitaran tempat tinggal terjaga.

Justeru, SK pada kali ini ingin berkongsi satu tip mudah untuk menghalau lipas dari membiak di kediaman anda.

Tip buat penghalau lipas

Perkongsian mudah dan ringkas ini dipetik daripada video seorang pengguna TikTok, @nurraissa19.

No more lipas. Sebulan sekali kita servis sup bunjut kita,” @nurraissa19 dalam perkongsiannya.

Menurut perkongsian itu, anda hanya memerlukan empat bahan untuk membuat ‘sup bunjut special’ penghalau lipas tersebut.

Empat bahan tersebut adalah bunga cengkih, bunga lawang, lada hitam dan minyak urut atau minyak angin. Bahan lain adalah kain untuk dijadikan pengikat.

Langkah pertama untuk membuat bunjut penghalau lipas itu adalah dengan mencampurkan keempat-empat bahan tersebu.

Sukatan bagi kesemuan bahan tadi mengikut keperluan dan saiz kawasan yang sering dikunjungi lipas.

Langkah seterusnya adalah ikat kesemua bahan dalam kain yang disediakan dan jadikan seperti sup bunjut.

Kemudian, anda boleh meletakkan alat penghalau lipas itu tadi di kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan lipas.

Setakat ini sahaja perkongsian pada hari, semoga memberi manfaat kepada semua pembaca dan dapat menyelesaikan masalah lipas yang anda hadapi.

Sumber : TikTok / sk

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *