Info Tips

Tip Baiki Sendiri Jika Masalah Mesin Basuh Spin Perlahan, Memang Jimat Kos

Mesin basuh bila beberapa tahun digunakan selalu akan berlaku beberapa masalah. Antaranya yang biasa adalah berkaitan dengan spin atau pengering. Dah spin tapi ia berpusing perlahan hingga pakaian masih lembap walaupun dah selesai proses pengeringan.

Menurut Hairul Vcool yang mengusahakan perniagaan membaiki mesin basuh dan aircond masalah ini memang biasa berlaku bila sudah beberapa tahun mesin basuh digunakan.

Beliau yang selalu berkongsi tip dan cara DIY membaiki alat elektrik turut berkongsi langkah mudah yang boleh dilakukan sendiri agar spin mesin basuh elok semula.

Baiki Sendiri Masalah Mesin Basuh Spin Perlahan Baju Tak Kering

“Hari ini ada customer hantar mesin basuh, katanya bahagian pengering perlahan. Jadi baju tak kering sepenuhnya atau masih lembap.

“Daripada pengalaman mesin basuh spin perlahan ini disebabkan belting yang kendur. Masalah ini juga kita boleh baiki sendiri.

Apa yang perlu dilakukan adalah;

1. Baringkan mesin basuh, kerana belting ini ada di bahagian bawah. Belting ini boleh kendur bila mesin basuh dah lama digunakan. Sebab itu lepas 2-3 tahun kita kena adjust sendiri jika spin jadi perlahan.

2. Bila dah baringkan kita akan nampak belting, apa yang perlu dilakukan bila ia kendur adalah buka skru di kiri dan kanan kemudian ketatkannya semula. Cara ini belting akan kembali tegang. Tapi pastikan jangan tegang sangat.

3. Kemudian boleh cuba proses pengeringan. Selalunya selepas ketatkan belting, masalah spin perlahan akan selesai.

Selain itu pesan beliau jika masalah ini berlaku pada mesin basuh, sebelum memanggil technican periksa dulu bahagian belting ini. Jika kendur boleh ketatkan sendiri tapi jika masih tegang, barulah menggunakan khidmat technican kerana boleh jadi kerana masalah lain.

Semoga Manfaat!

Sumber : Hairul Vcool / VK

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *