Info Tips

Dah “Alignment”, Tapi Tayar Masih Makan ‘Dalam’? Mekanik Tunjuk Ini Puncanya

Tayar merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam sebuah kereta. Selain untuk membantu pergerakan, fungsi tayar juga untuk menyokong berat keseluruhan kenderaan.

Maka sebab itu, penjagaan tayar perlu ditetik beratkan kerana kualiti tayar yang menurun boleh menjejaskan keselamatan pemanduan.

Apa tidaknya, pada bahagian tayar juga terletak satu sistem keselamatan yang amat penting yang dikenali sebagai sistem brek.

Dah alignment tapi tayar makan ‘dalam’, mekanik tunjuk ini puncanya

Sistem brek ini pula fungsinya turut bergantung kepada prestasi tayar. Jika prestasi dan fungsi tayar menurun, ada kemungkinan ia turut memberi kesan kepada sistem brek.

Antara masalah yang boleh berlaku pada tayar masalah tayar makan sebelah atau makan ‘dalam’.

Masalah ini selaluinya berpunca daripada penjajaran (alignment) tayar yang tidak dibuat dengan betul.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, mungkin timbul risiko kerosakan pada komponen-komponen lain kenderaan pula.

Apa yang mengakibatkan tayar makan dalam?

Menurut pengguna TikTok, @ONE HEART DISTRIBUTOR, masalah yang berlaku biasanya boleh diatasi dengan melakukan alignment dan chamber sahaja.

Namun begitu, sekiranya masalah berkenaan berterusan, mungkin terdapat punca-punca lain yang perlu diperiksa.

@ONE HEART DISTRIBUTOR berkata, antara bahagian yang perlu diperiksa adalah komponen lower arm pada tayar hadapan kereta.

Masalah tayar makan boleh terjadi sekiranya bahagian ball joint atau bush mengalami kerosakan.

Seterusnya, jika tayar belakang kereta pula mengalami masalah makan dalam, ada kemungkinan bahagian rear upper armshort yang rosak.

Contok kerosakan seperti bahagian terkoyak ataupun pecah

Akaun TikTok itu kemudian turut berkongsi beberapa contoh kerosakan yang boleh berlaku pada bahagian berkenaan.

Berdasarkan komponen yang rosak itu, dapat dilihat kesan koyakan atau pecah pada bahagian-bahagian yang ditunjukkan.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Semoga bermanfaat.

Sumber : sk

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *