Resepi

Cara Buat Kek Marble Gebu Guna Sukatan Cawan, 1 Resipi Boleh Buat Pelbagai Perisa!

Resepi kek marble gebu merupakan salah satu kek yang cukup popular dalam kalangan mak-mak yang suka membuat kek.

Bukan saja rupanya yang cantik, rasa kek marble ini juga semestinya sedap. Selain itu, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup mudah.

Jika anda ikuti cara yang dikongsikan oleh Puan Ummydarwisha Mansor di bawah ini, satu resipi boleh digunakan untuk membuat pelbagai perisa yang disukai.

RESEPI KEK MARBLE GEBU

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji telur
  • 1 sb ovallet
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan gula kastor
  • Secawan susu pekat
  • Secawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder

Cara-cara:

1. Satukan telur, ovallet, esen vanilla dan gula kastor. Putar semua bahan ini menggunakan mixer sehingga gebu dan putih.

2. Kemudian, masukkan susu pekat dan minyak masak. Sambung putar lagi seketika.

3. Setelah itu, masukkan pula tepung gandum dan baking powder. Putar sehingga semua sebati dan bercampur rata.

4. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam pada suhu 170℃ atau bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Pastikan guna api atas bawah.

5. Boleh bagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna mengikut kreaviti masing-masing. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar : Ummydarwisha Mansor

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *