Dunia

Suami Malas Mandi & Gosok Gigi, Isteri Failkan Cerai!

Seorang wanita di Turkiye nekad menfailkan penceraian selepas mendakwa tidak tahan dengan perangai suaminya yang malas mandi.

Menurut sebuah portal berita tempatan, suami wanita itu juga kerap berpeluh dan hanya menggosok gigi sekali atau dua kali dalam seminggu.

Disebabkan merasa kecewa dengan kegagalan si suami menjaga kebersihan diri, wanita itu nekad untuk berpisah.

Dalam perbicaraan Mahkamah Keluarga 19 di Ankara, wanita itu melalui peguamnya turut mendakwa suaminya memakai pakaian yang sama sehingga lima hari.

Dalam perbicaraan yang sama, beberapa saksi telah dipanggil untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh pihak plantif.

Saksi juga dilaporkan tersekesan dengan bau badan defendan

Antara saksi yang dipanggil adalah seperti kenalan rapat, termasuklah beberapa rakan kerja suaminya.

Semua saksi dilapor telah memberikan kenyataan yang mengesahkan defendan mempunyai masalah kebersihan.

Malah, ada rakan sekerja mendakwa bau badan defendan meloyakan hingga menyebabkan mereka merasa tidak selesa ketika bekerja bersama-sama.

Sehubungan itu, mahkamah telah meluluskan permohonan plantif untuk bercerai dengan suaminya.

Mahkamah turut mengarahkan defendan, yang kini bekas suami untuk membayar kira-kira 500,000 lira (RM77,872.87) kepada plaintif.

Bayaran tersebut adalah pampasan yang berhak diterima bekas isterinya kerana terkesan dengan tindakan culas defendan dalam menjaga kebersihan diri.

“Pasangan suami isteri mesti menunaikan tanggungjawab masing-masing ketika hidup bersama.

“Dalam hubungan sesama manusia, kita perlu berhati-hati. Jadi, kita mesti beri perhatian terhadap tingkah laku dan kebersihan kita,” kata peguam plaintif.

Kes serupa pernah dilaporkan sebelum ini

Sebelum ini, media pernah melaporkan berita penceraian serupa yang berpunca daripada masalah kebersihan pasangan.

Pada 2018, seorang lelaki Taiwan telah menceraikan isterinya kerana wanita berkenaan hanya mandi sekali dalam tempoh setahun.

Tiga tahun kemudian, lelaki dari India telah cuba untuk menceraikan isterinya kerana wanita itu tidak mandi setiap hari, seperti kelaziman manusia yang lain.

Sumber : Oddity Central / SK

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *