Info Tips

Petua Halau Haiwan Liar Dari Masuk Ladang, Kaedah Mesra Tanpa Menyakiti Makhluk Lain!

Bagi mereka yang mempunyai ladang atau kebun, situasi tanaman dimusnahkan oleh haiwan liar dan berbahaya seperti babi, kera, ular dan tikus sudah menjadi cabaran yang biasa dihadapi. Maka, dengan itu terdapat petua halau haiwan liar yang menggunakan bancuhan campuran minyak tanah dan kapur barus untuk dipraktikkan oleh anda semua.

Melalui perkongsian video di laman Tiktok @pertaniansegar, petua yang digunakan ini adalah salah satu kaedah yang tidak menyakiti makhluk Allah SWT yang lain. Di mana, selain tanaman anda hidup tanpa dirosakkan, haiwan juga sama-sama selamat.

PETUA HALAU HAIWAN LIAR

petua halau haiwan liar

Gambar: Hasil bancuhan yang dah siap – pertaniansegar

“Petua menghalau haiwan dari masuk ke ladang tanaman kita. Haiwan pun lebih selamat dan dapat hidup dengan baik,” tulis Pertanian Segar di ruangan kapsyen videonya itu.

Mari lihat senarai bahan dan langkah-langkah penyediaan bancuhan menghalau haiwan liar untuk seekar ladang:

petua halau haiwan liar

Gambar: pertaniansegar

  1. Masukkan kapur barus di dalam baldi atau bekas yang bersesuaian.
  2. Kemudian, tuangkan minyak tanah ke dalamnya sehingga penuh bekas melebihi kuantiti kapur barus.
  3. Kacau kedua-dua bahan ramuan tersebut sebentar.
  4. Setelah itu, asingkan minyak tanah dan kapur barus.
  5. Kapur barus yang telah diasingkan tadi, boleh ditumbuk sehingga lumat sambil campur sedikit minyak tanah.
  6. Sementara itu, pada botol plastik pula anda boleh menebuk lubang kecil di sekeliling tepinya.
  7. Jangan lupa pasang tali rafia pada botol sebagai penggantung.
  8. Pindahkan bancuhan yang ditumbuk tadi ke dalam botol tersebut dan gantung ia pada setiap penjuru ladang atau kebun.
  9. Bagi lebihan air bancuhan yang terasing tadi boleh disiram pada keliling ladang pula.

petua halau haiwan liar

Gambar: pertaniansegar

Menurut pemilik akaun tersebut, lakukan petua ini dalam dua bulan sekali sebagai ikhtiar untuk mencegah haiwan liar dari mendekati ladang anda. Selain itu, apabila bancuhan dimasukkan ke dalam botol plastik, ia mampu bertahan selama 6 bulan.

Intaian penulis di ruangan komen juga mendapati, orang ramai boleh mendapatkan minyak tanah dengan mudah iaitu dengan membelinya di kedai runcit yang menjual pelita.

Manakala, untuk membeli kapur barus dalam kuantiti yang banyak pula, ia boleh diperolehi di kedai pembekal India yang menjual rempah ratus.

Sumber : Tiktok Pertanian Segar / siraplimau

FT Image: pertaniansegar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *