Resepi

Resepi Pisang Rebus. Makanan Orang Lama Yang Sudah Ditelan Dek Zaman

Jika bertanya kepada orang dulu-dulu berkenaan makanan legend, mereka pasti akan bercerita tentang pisang rebus.

Ia bukan saja pemanis mulut yang sedap untuk minum petang, malah ia juga tinggi serat yang baik untuk melancarkan sistem pencernaan.

Pisang rebus ini juga bagus buat mereka yang mempunyai penyakit diabetes dan darah tinggi. Selain itu, ia sangat sesuai buat mereka yang sedang berdiet kerana tidak mengandungi kolesterol, kaya dengan sumber tenaga dan tidak berminyak.

Cara penyediaannya juga tidak susah mana, mudah saja! Anda juga hanya memerlukan tiga bahan iaitu pisang, air dan garam.

Selepas siap direbus biasanya akan dimakan dengan kelapa parut, cicah gula atau susu pekat. Kalau ikut cara orang lama, wajib makan sambil hirup kopi panas.

Kalau ada yang teringin nak cuba, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Cikkbieyy Rosli di bawah ya!

CARA BUAT PISANG REBUS

Bahan-bahan:

  • Pisang
  • Air
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Basuh pisang sehingga bersih. Jangan buang kulitnya.

2. Kemudian toskan dan masukkan pisang ke dalam periuk.

3. Masukkan air sehingga sama paras dengan pisang.

4. Kemudian, masukkan garam dan buka api sederhana.

5. Biarkan sehingga mendidih dan pisang menjadi empuk. Selamat mencuba!

pisang rebus

Kredit resipi dan gambar : Cikkbieyy Rosli / Rosmini Rozi

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *